Home » General » Surat Untuk YB Semenggoh

Surat Untuk YB Semenggoh

Ahli Politik Vs Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan

Terdapat kritikan daripada seorang ahli politik kononnya ketua kami ‘tidak turun padang’ . Ditambah lagi dengan tuduhan yang kononnya beliau ‘takut mati’. 

Tan Sri Ketua Pengarah kami lebih efektif memerah otak memikirkan strategi untuk menghentikan Covid. Sedang ahli-ahli politik tidur lena, beliau ttidak lena tidur memikirkan kaedah kawalan terbaik bersama-sama semua pasukan KKM. 

Beliau bukan seperti sesetengah ahli politik yang gemar datang ke hospital, meminta layanan khas dan menghabiskan masa hanya untuk mendapatkan gambar yang boleh diletakkan dalam media mereka untuk menunjukkan mereka bekerja, sedangkan mereka tidak pun membantu, malah menyusahkan orang. 

Rakyat boleh menilai ‘nilai’ ahli politik – sama ada membantu atau menyusahkan usaha dalam perang Covid-19. Yang membantu tentulah kami sanjung dan berterima kasih. Namun ada yang terlepas dari undang-undang dan masih ke sana ke mari tanpa ‘mask’ tanpa peduli luluh hati ‘frontliners’ yang dapat melihat ‘sabotaj’ terhadap perang ini.

Ramai yang ‘cakap banyak’ tanpa sekelumit pun usaha untuk membantu. Gaji masuk, elaun masuk, tetapi kerja bukan memudahkan sebaliknya menyusahkan. Untuk menunjukkan contoh memakai ‘mask’ supaya pengikut mereka dan rakyat ikut pun tidak. 

Kalau kami melakukan yang sedemikian, kami teramat malu. Begitu sekalikah rendahnya moral mereka sekarang hingga serendah ini hati budi mereka dipamerkan ke seluruh dunia tanpa sedikit pun rasa malu? 

Rakyat juga boleh menilai siapa yang bertanggungjawab menyebabkan Covid-19 merebak kini dan siapa yang bekerja keras menerima hantaran kesan daripada tindakan mereka. Mereka cetuskan Covid-19, tetapi kami yang menerima beban hasil ‘kerja’ mereka dan uruskan. Lengkung graf telah berjaya didatarkan sebelum ini, tetapi diledakkan kembali oleh tindakan mereka serta masih, dengan tebal muka menyalahkan rakyat, dan pastinya bukan mereka.

Kami bersama-sama Tan Sri Ketua Pengarah, serta memahami komitmen dan tugas mereka yang amat berfokus memikirkan cara, serta strategi menyelesaikan semua masalah yang mereka timbulkan. Seorang jeneral perang harus melakukan strategi dan untuk sampai ke tahap itu, beliau pernah berperang di lapangan sebelum ini seperti kami sekarang.

Kami di KKM, bukan ahli politik dan sentiasa berada di atas dari semua politik ahli politik. Kami hanya mahu profesional dalam usaha kami memenangi perang virus ini.

Sesungguhnya, kedangkalan dan kerendahan moral seseorang boleh dilihat dengan mudah dari apa yang keluar dari mulut mereka.

Dr Alzamani Mohammad Idrose

Frontliner


OSTB Comments :




#westandwithourdg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*