Home » General » Pengkhianatan Kaum Arab : Arab Saudi Subahat Dengan Israel Sejak 1948, Menipu Umat Islam Mengenai Palestin, Tidak Campuri Perang Arab-Israel 1967, 1973

Pengkhianatan Kaum Arab : Arab Saudi Subahat Dengan Israel Sejak 1948, Menipu Umat Islam Mengenai Palestin, Tidak Campuri Perang Arab-Israel 1967, 1973


  • historical letter from King Faisal of Saudi to President Johnson in 1966 
  • reveals Saudi collusion with US over Israeli occupation of West Bank, Gaza, Sinai

Saya tidak rasa hairan pun membaca berita hari ini bahawa Arab Saudi bakal menjalin hubungan dengan Israel, ia itu  ‘musuh orang Arab dan mush umat Islam nombor 1’, mengikut propaganda Pak Arab selama 70 tahun –  yang selama ini mereka telah sumbat dalam telinga umat Islam dunggu sedunia (macam kita lah). 

Apa yang telah berlaku sebenarnya, sejak awal lagi (seawal tahun 1940an)  Pak Arab ini telah menjalin hubungan dengan Empayar British, Empayar Amerika Syarikat dan dengan Israel sendiri – secara terbuka dan secara rahsia – semuanya untuk survival politik mereka dan menjaga kekayaan harta mereka.

Umat Islam dunggu sedunia pula digalak berdoa pada setiap jemaah hari Jumaat untuk kejayaan pak Arab menentang Yahudi Israel.

Di sini ada beberapa petikan berita terkini dan juga berita lama yang menunjukkan bukan saja Arab Saudi tetapi pemimpin Arab amnya tikam-menikam belakang sesama sendiri, membohongi kaum Arab dan membohongi umat Islam berkenaan sengketa antara Arab Israel.

No 1.  Berita terkini Arab Saudi bakal jalin hubungan dengan Israel selepas pilihanraya presiden Amerika pada 6hb Nov, 2020.  




  • Pengumuman normalisasi Israel – Saudi selepas pilihan raya presiden Amerika 
  • kata Pengarah Mossad Yossi Cohen, lapor The Jerusalem Post
  • Cohen beritahu secara tertutup Saudi tunggu pilihan raya AS tamat 
  • pengumuman itu akan dibuat serta merta selepas pilihan raya AS.
  • jika Trump menang pengumuman akan dibuat serta merta

My comments :

Maksudnya pengundi berbangsa Yahudi di Amerika Syarikat yang juga sangat berpengaruh ke atas media, akademia, Wall Street dan sistem kewangan Amerika akan perlu sokong kemenangan Trump jika mereka mahu hubungan damai Saudi – Israel dipercepatkan.   Trump menghulurkan ‘quid pro quo’ kepada kaum Yahudi di Amerika Syarikat untuk meraih sokongan mereka.

Makusdnya Trump sudah pun kau-tim dengan Arab Saudi. Mereka sudah setuju lebih awal lagi untuk berdamai dengan Israel. Cuma umat Islam dunggu sedunia saja tertipu kerana selama berpuluh tahun protes memanjat pagar duta Amerika, memanjat pagar duta negara Barat, membakar bas mereka sendiri, bertumbuk dengan Polis mereka sendiri kononnya untuk membela perjuangan menentang Israel.

 

Berita No. 2 ini pula menceritakan Israel membuka ‘kedutaan rahsia” atau ‘secret embassy’ di Bahrain sejak lebih daripada 10 TAHUN dulu !!

2.   Israel Telah Buka Kedutaan ‘Rahsia’ Di Bahrain Sejak Sebelum 2010 !!


  • Israel operated secret diplomatic mission in Bahrain for more than decade 
  • diplomacy with Bahrain via front company listed as “consulting firm”
  • ‘All we have to do is change the sign on the door’ –  an Israeli official 
  • Negotiations to establish mission began through secret meetings 
  • between then-foreign minister Tzipi Livni and Khaled Bin Ahmad al-Khalifa

My comments :

Jadi soalan besar ialah bilakah Pemuda Umno, Pemuda Pas dan beb_ruk yang lain akan bantah depan duta Bahrain atau duta Arab Saudi ? (Jangan bantah depan Masjid Jamek, Masjid Negara dan Masjid Kg Baru lah ‘doh. Kau orang ganggu laluan trafik dan urusan orang kita sendiri buat apa? Jangan jadi bodoh. Awak pergi lah protes depan masjid di New York ke, depan Masjid di London ke baru kena sasaran. Why do you want to create chaos in your own country?)

 

No. 3  Berita no. 3 yang berikut pula al kisah pengkhianatan yang lagi besar oleh King Hussein Jordan pada tahun 1973. 

Mesir, Syria, Palestin Liberation Organisation (PLO) membuat persiapan bulan Oktober 1973 (3rd Arab Israeli War) untuk membebaskan tanah Arab yang ditawan Israel pada tahun 1967. Menjelang serangan mengejut oleh tentera Mesir dan Syria, King Hussein Jordan telah berjumpa secara rahsia dengan Golda Meir, Perdana Menteri Israel dan membocorkan segala perancangan Mesir dan Syria. Ini beritanya :

King Hussein of Jordan mengkhianati Arab, Palestin dan Umat Islam Sewaktu Perang  Arab-Israel Oktober 1973.



September 25, 1973 meeting between Israeli Prime Minister Golda Meir and King Hussein of Jordan, in which the king, fresh from meetings with Arab leaders, warned of war on two fronts.

King Hussein, who feared that a Syrian offensive could draw Israeli troops into Jordan, was helicoptered to a Mossad building outside Tel Aviv along with his prime minister, Ziad Rifai, and met with Meir and the director-general of the Prime Minister’s Office, Mordechai Gazit. They spoke for over an hour and, after some idle chatter, the king essentially warned Meir of imminent war on two fronts.

Siapa yang minat membaca cerita penuh ini boleh klik di sini :

Account of King Hussein’s 1973 war warning still deemed too harmful to release.

King Hussein sedia faham jika pertempuran antara Syria dan Israel melibatkan kawasan atau tanah Jordan (terutama sekali kawasan United Nation’s mandate di Jerusalem) maka tentera Jordan bakal mengalami kekalahan teruk dan dia sendiri sebagai Raja Jordan akan terpaksa tanggung malu. Ataupun Syria (yang juga sebuah republik) boleh mempunyai pengaruh atas masa depan Jordan. Maka untuk menyelamatkan takhtanya sendiri  King Hussein rela subahat dengan Israel untuk kalahkan Mesir dan Syria di medan peperangan.  Maksudnya sejak 47 tahun sudah, King Hussein dan Jordan telah tikam belakang Mesir, Syria, orang Palestin dan umat Islam.  Untuk menjaga kepentingan survival “raja” Jordan itu.


No 4.  Raja Faisal di Arab Saudi atau Al Malik Faisal  (1964 – 1975) “pembela Palestin” sebenarnya mengkhianati Palestin dan umat Islam.

First sila perhatikan video berikut :

 

Dan sila baca sedikit berita lanjutan berkenaan perkara ini seperti berikut : 




  • historical letter from King Faisal of Saudi to President Johnson in 1966 
  • reveals Saudi collusion with US over Israel occupation of West Bank, Gaza, Sinai
  • Published by Al Motamar.net news website
  • King Faisal said Egypt would not withdraw from Yemen unless Israel occupied Gaza, Sinai and the West Bank
  • King Faisal described Egypt’s dangerous role in Yemen 
  • through its support of rebels and provoking people against US and Saudi 
  • Faisal called Egypt “greatest enemy” of Saudi and US”
  • Faisal stressed US support for Israel to carry out swift operation against Egypt 
  • to control Sinai and forcing Cairo to withdraw from Yemen
  • Faisal suggested Gaza should be seized immediately
  • important to take control of West Bank from Jordan 
  • in order for Palestinians to lose hope 

Untuk baca surat original itu dalam bahasa Arab sila klik di sini

Background-nya begini : 

Perang Arab Israel yang kedua pada 1967 (juga dikenali The Six Day War of June 1967) berlaku sewaktu tegangan geo-politik antara Arab Saudi Dan Mesir. 

Selama LAPAN TAHUN (1962 – 1970) presiden Mesir Gamal Abdul Nasseir telah menghantar seramai 70,000 tentera Mesir untuk membantu pihak republikan dalam Perang Saudara (Civil War) di Yemen pada zaman itu. Presiden Nasseir yang telah gulingkan sistem “raja” atau monarchy dan menukar Mesir menjadi republik juga ingin membantu pihak republikan Yemen gulingkan kerajaan “monarchy dan Imam” di negara itu. 

Arab Saudi pula sebagai sebuah kerajaan ‘monarchy’ memihak kepada puak raja dan Imam Shia di Yemen (royalists).  Arab Saudi sangat takuti Presiden Gamal Abdul Nasseir yang memang bertujuan untuk membersihkan negara Arab daripada pengaruh sistem beraja, emir dan syaikh. 

(Saya masih ingat arwah ayah saya yang balik daripada haji pada 1968 menceritakan bagaimana ramai orang Arab berniaga menjual machine gun, hand grenade dan senjata api lain di warong tepi jalan di Mekah. Senjata api itu untuk membekal pejuang Perang Saudara yang masih berlangsung di Yemen.)

Jadi Raja Faisal bin Abdul Aziz di Arab Saudi (yang juga dikenali sebagai Al Malik Faisal)  telah mengambil kesempatan Perang Arab Israel 1967 itu dan mendesak Amerika Syarikat untuk “cucuk” Israel menawan Gaza, Semenanjung Sinai dan Jerusalem (Baitul Maqdis). Dalam kiraan ‘strategik’  Raja Saudi Al Malik Faisal ini akan melemahkan kekuatan Presiden Gamal Abdul Nasseir dan memberi tekanan atas Nasseir dan Mesir untuk menarik diri daripada Perang Saudara di Yemen. 

Maka pihak republikan di Yemen akan tewas dan puak royalists akan menang. Yang pelik bin ganjil ialah antara puak royalists di Yemen yang di sokong Arab Saudi pada zaman itu termasuk kumpulan Syiah (kumpulan ber-Imam) yang kita kenali hari ini sebagai Houthi. 

(Akhir sekali pada 25 Mac, 1975 Raja Faisal telah ditembak mati oleh anak saudaranya sendiri yang bernama Prince Faisal ibn Musaid. Banyak teori timbul untuk menjelaskan sebab-menyebab pembunuhan itu tetapi sehingga hari ini Raja Faisal menjadi satu-satunya raja Arab Saudi yang mati dibunuh.)

Hari ini pula Arab Saudi sedang bom dan membunuh puak Houthi kerana takuti pengaruh Syiah Iran di kalangan Houthi di Yemen.

Maka sekali lagi Arab Saudi boleh berpaling dan tikam-menikam sesama bangsa sendiri untuk self preservation atau menjaga kepentingan puak pemerintah dan elit-elit mereka. 

Jadi inilah keadaan orang Arab sebenarnya.  Jangan pula kita terbawa-bawa dan tertipu oleh retorik dan pidato berbuih-buih puak-puak padang pasir ini. 

Everything is about money, power and survival. Itu saja kiraan strategik mereka. 

Tidak ada falsafah tinggi ke, nilai-nilai syumul ke, perjuangan membela umat ke atau apa pun. 

Just money, power and survival.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*