Home » General » Pengiktirafan Bersejarah Bagi Malaysia : University Of Cambridge Melantik ASTI (Pertubuhan Sains Teknoloji Dan Inovasi) Menjalankan Projek Sains Di Sekolah-Sekolah United Kingdom

Pengiktirafan Bersejarah Bagi Malaysia : University Of Cambridge Melantik ASTI (Pertubuhan Sains Teknoloji Dan Inovasi) Menjalankan Projek Sains Di Sekolah-Sekolah United Kingdom

Yang berikut ini adalah berita yang bersejarah juga bagi negara kita. 

University of Cambridge, khususnya Department of Chemical Engineering and Biotechnology, telah melantik ASTI atau Association of Science Technology and Innovation (Pertubuhan Sains Teknoloji Dan Inovasi) yang beralamat di Petaling Jaya, Selangor sebagai partner untuk menjalankan projek sains ‘Davidson Inventors Challenge’ di sekolah-sekolah di United Kingdom.

Yang berikut adalah petikan daripada website University of Cambridge, Department of Chemical Engineering :



The Davidson Inventors Challenge (DIC) is a new project being piloted with UK schools during this academic year. This new initiative is a collaboration between our department and the Association of Science Technology and Innovation (ASTI) in Malaysia led by one of our alumni Dr Yunus Yasin.

It is aimed at young students interested in STEM in tribute to our Emeritus Professor John Davidson, and former Head of Department, who sadly passed away last December. He was known as “the founding father of fluidisation” and worked in chemical engineering since 1952, including the areas of fluid flow, process dynamics, gas absorption and fluidisation technology, remaining very active until his death. He was passionate about his students, interested in their well-being and enjoyed their questions. He was always committed to the very highest standards of teaching and research and often had simple solutions relying on a profound understanding of the fundamentals. 



ASTI adalah pertubuhan sains yang dipelopori oleh Dr Yunus Yasin, seorang kelahiran Perak, yang telah lama menganjurkan pertandingan Science Fair dan Young Inventors Challenge bagi sekolah-sekolah di Malaysia dan juga peserta international. 

Dr Yunus Yasin berkelulusan PhD in Chemical Engineering daripada University of Cambridge juga.

Kiri : Dr Yunus Yasin berpandangan jauh.  Gambar kanan : Dr Yunus bersama Prof Noam Chomsky di Massachusetts Institute of Technology, USA.

Keputusan University of Cambridge untuk bekerjasama dengan Dr Yunus Yasin dan pertubuhan ASTI untuk menjalankan projek STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) menerusi pertandingan ‘The Davidson Inventors Challenge’ di sekolah-sekolah di United Kingdom akan menggunakan modul dan algorithm untuk mengajar STEM yang telah di-pelopori oleh Dr Yunus selama lebih 10 tahun.   

Memandangkan bahawa University of Cambridge adalah university yang Top 10 di seluruh dunia maka projek kerjasama bersama ASTI ini merupakan pengiktirafan terhadap kepakaran dan kemampuan warga negara Malaysia untuk membimbing sekolah-sekolah di United Kingdom dalam mata pelajaran Science, Technology, Engineering dan Mathematics. 

Syabas kepada Dr Yunus Yasin dan pertubuhan ASTI dan semoga beliau akan mengharumkan nama negara kita di persada antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*