Home » General » Parti Politik Dan Pemimpin Politik Tidak Sedar Mereka Jauh Terpisah Daripada Aspirasi Rakyat

Parti Politik Dan Pemimpin Politik Tidak Sedar Mereka Jauh Terpisah Daripada Aspirasi Rakyat

Saya tujukan perbincangan  ini kepada semua parti politik dalam negara kita. Cuma mesej ini akan relevan bagi parti yang lain-lain mengikut pengamatan atau intensity yang berlainan.  

Dan saya berdasarkan atau merujuk kepada proven facts atau fakta daripada pemerintahan parti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang akhirnya telah gagal untuk kekalkan populariti mereka. Akhir sekali mereka telah hilang kuasa pemerintahan.

Selama 63 tahun (1955 – 2018) politik negara kita sebenarnya adalah politik Barisan Nasional sahaja.  Bermula sebagai Alliance Party dan bertukar nama menjadi Barisan Nasional pada tahun 1974. 

Parti yang lain-lain hanya menjadi small player yang tidak dapat menggugat ‘juggernaut’ atau gergasi Barisan Nasional – sehingga 2008. 

Ikut analisa YB Liew Chin Tong, sejak daripada zaman Merdeka parti Alliance (kemudiannya BN) tidak pernah menang lebih daripada 60% undi rakyat kecuali dua kali sahaja (pilihanraya 1964 dan 2004). 

Selain daripada dua pilihanraya itu, kemenangan BN selalu adalah sekitar 50% undi sahaja. (Pada pilihanraya 2013 pula below 50%). Maksudnya Barisan Nasional sebenarnya telah hidup secara nyawa ikan buat sekian lama juga.

Sejak mula terlibat dengan parti politik dan pergerakan politik negara saya diberi faham bahawa di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu kemenangan pilihanraya bagi semua parti politik (BN / UMNO / atau PAS) boleh sangat tipis. Sejak sekian lama Kelantan dan Kedah memang famous dengan perbezaan kemenangan  berpuluhan atau beratus undi sahaja.  Walaupun boleh menang majoriti kerusi pun tetapi majoriti undi bagi setiap kerusi boleh tipis.  

Apa maksudnya?  

Maksudnya ialah tiada parti politik mampu ‘memikat’ atau ‘menarik’ sokongan pengundi secara permanent atau kekal.  There is no such thing.

Maksudnya ialah walaupun parti politik dan pemimpin politik menyembur, menyiram dan mejual air liur mereka tanpa henti – hanya 50% atau lebih kurang daripada pengundi yang akan yakin dengan semburan air liur mereka.  Inilah lumrah  “kesetiaan” pengundi dalam negara kita. 

Parti politik dan pemimpin politik sila ambil perhatian.

Dan apabila berlaku sebarang gangguan, sebarang tension atau krisis dalam masyarakat atau dalam negara kita, maka political balance ini boleh tergugat.

Contohnya pada 1964 Alliance Party atau Perikatan Nasional telah menang besar di pilihanraya. Masa itu Singapura baru menyertai Malaysia (pada 1963) dan ramai warga Malaya dan Singapura rasa happy. Maka kerajaan Perikatan pun menang besar.

Pada tahun 1965 pula Singapura ditendang keluar. Pada pilihanraya seterusnya (1969) bukan saja kerajaan Perikatan hampir kalah tetapi juga tercetus peristiwa malang rusuhan 13hb Mei 1969. 

Dari 1970 sehingga 2004 parti BN dapat kekalkan kuasa atas dua sebab besar :

i. ramai bukan Melayu takuti peristiwa Mei 13 akan berulang dan 

ii. pada penghujung tahun 1970an kekayaan minyak mula banjiri tanah air yang telah ‘buy happiness’ atau ‘membeli kesetiaan dan kegembiraan’ di kalangan masyarakat. Ramai orang happy juga – kalau bukan semua pun tetapi cukup ramai untuk menang di peti undi.

Ekonomi negara juga cepat berkembang dan ramai orang happy membuat duit. 

Pada tahun 1998 berlaku tension atau stress test dalam politik negara ia itu apabila parti pembangkang ‘anak-angkatkan’ bekas musuh ketat mereka Anwar Ibrahim yang dipecat dari UMNO dan BN. Parti pembangkang telah menjunjung Anwar Ibrahim sebagai simbol untuk menjana perubahan dan pembaharuan yang entah apa bentuknya. No one had a clue. Mereka cuma opportunis untuk mengambil kesempatan keadaan keruh dalam Umno / BN untuk melemahkan pengaruh BN. 

Walaupun harga minyak masih tinggi dan dana kekayaan minyak mengalir seperti Sungai Perak, kerajaan BN kehilangan dua negeri (Terengganu dan Kelantan) pada pilihanraya 1999.  Pada masa itu masalah ekonomi dan sosial hasil daripada Dasar Ekonomi Baru telah mula menjadi besar juga. 

Contohnya masalah unemployed graduates, masalah ibu tunggal, masalah Mat Rempit di kawasan perbandaran, fanatik agama menjangkit dasar kerajaan dan jentera pentadbiran dan sistem pendidikan (dari tadika ke universiti) yang makin low quality dari segi input (quality pelajar, tenaga pengajar, profesor) dan outputnya (para graduate peringkat  SPM, Matrikulasi dan universiti awam) – semuanya low quality.  Rasuah juga sudah jadi kebiasaan dalam urusan dengan Kerajaan. 

Dasar Ekonomi Baru gagal meningkatkan pencapaian ekonomi dari segi value added high technology yang cukup untuk memberi peluang pekerjaan dan peluang ekonomi yang boleh menampong bilangan rakyat yang makin bertambah. Industri high technology kurang berkembang di Malaysia. Juga negeri China, Vietnam dan negara lain mula menarik banyak pelaburan asing yang sebelum itu juga masuk ke negara kita.

Pada 2003 pula Dr Mahathir bersara dan di ganti Pak Lah Badawi seorang Perdana Menteri yang sangat lembap. Pada awal pentadbirannya Pak Lah Badawi berjaya mendapat kemenangan yang sangat besar pada pilihanraya 2004. Tetapi kelembapan dan kedungguan Pak Lah Badawi terserlah dan terpancar ke langit. Pada pilihanraya 2008 Pak Lah catit sejarah sebagai PM BN yang pertama hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.  Pak Lah Badawi juga kalah lima negeri ia itu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan.  

Masa itu hasil minyak masih tinggi. Tetapi rakyat jelata sudah fed up dengan Perdana Menteri dan ahli Kabinet serta pemimpin BN yang JADONG (jahat, bodoh, sombong).  Dasar Ekonomi Baru makin di hijack oleh golongan elit monopolis, oligopolis dan putera kayangan GLC. Kekayaan negara makin concentrated di tangan orang elit sahaja. Orang biasa atau rakyat marhaen hidup kais pagi makan pagi juga.

Maka pada 2009 Pak Lah dipecat dan diganti oleh Najib Razak, seorang lagi makhluk yang diharapkan oleh padi untuk menjaganya. Atau diharapkan oleh ayam reban untuk menjaganya. Tetapi Najib telah menjadi pagar (atau pegar) yang telan semua padi dan menjadi musang yang baham semua ayam dalam reban.

Maka pada pilihanraya 2013 Najib kalah majoriti yang lebih besar di Parlimen – lagi teruk daripada kekalahan Pak Lah Badawi (kecuali menang balik Terengganu).

Masa itu hasil minyak masih tinggi dan kes rasuah 1MDB belum diketahui ramai. Walaupun demikian Najib dan BN masih kalah teruk di pilihanraya. Maksudnya segala dasar kerajaan terutama sekali dasar Ekonomi Baru sudah pun proven sebagai gagal untuk memastikan sokongan pengundi di peti undi.

Pada 2014 pula dua perkara besar telah berlaku. Harga minyak dunia mula collapse (sehingga ke hari ini) dan Najib yang terlalu bodoh  melaksanakan cukai GST yang bankrapkan rakyat biasa dan merosakkan ekonomi marhaen. 

Hidup rakyat makin susah terutama sekali taraf hidup orang Melayu dan bumiputera. Akhir sekali Najib dan BN kalah dengan teruk juga pada pilihanraya Mei 2018. Maka berakhirlah riwayat hidup BN dalam politik negara.

BN diganti oleh Pakatan Harapan. Malang sekali Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada 2018 merasa apa yang perlu dibuat untuk selamatkan Malaysia, mendapat balik undi orang Melayu / bumiputera, selamatkan ikan paus di lautan, selamatkan mating cycle of the elephants dsbnya semuanya terletak kepada menghidupkan balik projek kereta nasional ketiga, sambungkan kutipan tol di jalan tol  dan menjalin pan-Islamik axis dengan pemimpin pro-teroris seperti Erdogan (penaung teroris ISIS) dan Imran Khan (penaung teroris Taliban, Lashkar Taiyyiba dsbnya). Al pendek wal singkat Dr Mahathir pun kena buang selepas 22 bulan bernyanyuk atas takhta. 

Diganti sekarang oleh Tan Sri Muhyiddin dan Bersatu yang bergabung dengan bebudak jahat UMNO, BN dan parti ajaran sy- -tan. 

Buat masa ini Bersatu akan kekal dan kemungkinan besar kedudukan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri juga  akan kekal. Sebab tiada sesiapa pun ahli gabungan Perikatan Nasional yang berani atau sanggup menghadapi pilihanraya umum dalam masa terdekat (atau pun snap elections). Atau pun dalam masa jauh. 

Sebab yang menjadi jelas sejak 2003 (dan sebelum itu) ialah keadaan semua rakyat marhaen (Melayu, Iban, Kadazan, Cina, India, Islam, Budda, Hindu, Kristian dan semua sekali)  dari segi sosial, budaya, bangsa, agama, bahasa, ekonomi dan semua sekali secara amnya makin merosot atau jadi susah. 

Sejak  tahun 1970an sehingga pentadbiran Mahathir I, Pak Lah Badawi, Najib, Mahathir II dan sekarang Muhyiddin dasar kerajaan pada asasnya adalah sama dan serupa. Langsung tidak ada sebarang perubahan. 

  • Ianya lebih kurang adalah lanjutan Dasar Ekonomi Baru yang telah merosakkan ekonomi negara dan merosakkan masyarakat Malaysia. Dasar ini masih wujud dan tidak di tukar atau dibatalkan.
  • Inilah sebab utama kenapa parti politik dan pemimpin politik sejak akhir zaman Mahathir I (1982 – 2003), Pak Lah (2003 – 2009), Najib (2009 – 2018) dan Mahathir II (2018 – 2020) makin kehilangan sokongan pengundi, terutama sekali pengundi Melayu.

While the people, especially the Malays / bumiputras were regressing across all areas of their lives the government policies that caused these problems did not change.  

Samada mereka sedar atau tidak pengundi Melayu sudah “terasa” maksud soalan ‘Are you better off today than you were FIVE years ago?‘    

Pengundi Melayu dan juga bukan Melayu boleh “merasa” kepanasan soalan ini dalam kocek mereka. Kocek mereka makin pokai. 

Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagen telah popularkan cabaran soalan ini pada awal 1980an apabila beliau menjadi presiden. 



Soalan yang simple dan basic ini menjadi cara yang mudah bagi pengundi untuk mengukur jika undi yang diberi kepada sesuatu parti politik itu berbaloi atau tidak. 


Jadi inilah masalah besar dalam negara kita sejak 50 tahun yang sudah. Dasar yang dibentuk yang jelas sekali telah gagal memajukan taraf hidup rakyat negara kita kepada tahap yang sepatutnya masih dikekalkan – oleh semua perdana menteri, tidak kira parti BN, PH ataupun PN. There is no change in policy.

Jadi bila sampai pilihanraya nanti, para pengundi akan lebih merasai maksud soalan simple ‘Are you better off today than you were FIVE years ago?

Melihat kepada keadaan di mana hampir semua tahap sosial, ekonomi, budaya, bahasa, agama, pendidikan, dasar kerajaan, keadaan politik, keselamatan awam dan banyak lagi yang memberi kesan bagi kesemua 32 juta rakyat Malaysia pelbagai kaum, bangsa, bahasa dan agama adalah merosot atau jauh daripada memuaskan maka saya rasa parti politik dan pemimpin politik akan terpaksa hidup tercungap-cungap pada masa-masa yang akan datang.

Dan sekarang dengan wabak Corona Virus, harga minyak lagi jatuh merudum, pelbagai kebuntuan dalam menyelamatkan ekonomi negara, persaingan lebih hebat daripada negara jiran maka kerjaya sebagai ahli politik dan pemimpin politik akan menjadi makin rumit dan ber-tension. 

Bukan saja dasar lama mesti dibuang tetapi yang lebih penting ialah pemimpin politik mesti tahu apakah dasar baru yang perlu dibuat.  Disitulah perlu bertemu buku dengan ruasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*