Home » General » Part 1 Apakah At Last Melayu Mula Bangkit : “Pengkhianatan bos GLC terhadap orang Melayu miskin’ oleh Megat Shahrizal Amir

Part 1 Apakah At Last Melayu Mula Bangkit : “Pengkhianatan bos GLC terhadap orang Melayu miskin’ oleh Megat Shahrizal Amir


Artikel berikut telah terbit enam bulan sudah, ditulis oleh Megat Shahrizal Amir. Sejak mula terbit saya telah menerima artikel ini beberapa kali menerusi WhatsApp dan emel. Maka saya decide untuk upload dan memberi sedikit komen. Komen saya sendiri adalah berwarna biru. Upload hari ini dibuat menerusi TOR Browser, maksudnya server terletak di Poland ke, Lithuania ke ntah mana.  



KITA kerap mendengar ahli politik menipu rakyat, dan mencuri wang negara. Terdapat banyak contoh pada masa ini bagaimana ramai ahli Parlimen yang sedang menghadapi kes rasuah di mahkamah dilantik sebagai menteri mahupun sebagai pengerusi syarikat kerajaan. Mereka ini dapat diibaratkan seperti ular sawa menjaga reban ayam.

(OSTB : Atau Dracula jaga tabung darah.)

Namun ramai yang tidak sedar bahawa terdapat juga CEO GLC yang mengambil kesempatan di atas keringat rakyat. Mereka tanpa segan silu tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat yang makin ditindih kesempitan. 

Mereka ini bagaikan dewa-dewa di kayangan yang tidak mengendahkan nasib anak bangsa.

(OSTB : Mereka patut dikenali sebagai ‘kaum yang entitled’ maksudnya mereka rasa memang mereka layak duduk di kayangan.) 

maklumat yang saya kupas di bawah adalah dalam pengetahuan umum, dilaporkan dalam penyata kewangan tahunan syarikat berkenaan. Rakyat boleh semak penyata berkenaan.

Biar saya berikan contoh.

Pada tahun 2018 selepas PRU14, ahli lembaga pengarah T—-g H–i yang baharu terpaksa berhempas pulas membawa institusi keramat itu ke landasan yang betul. Institusi itu telah dirompak berkali-kali ketika zaman BN, kerugiannya berbilion ringgit. 

Beberapa laporan kepada pihak polis dan SPRM juga sudah dibuat, hanya menunggu perbicaraan di mahkamah.

Akibat kerakusan perompak ketika itu, rakyat terpaksa menerima padah. Hasilnya, hibah untuk pencarum T—-g H–i untuk tahun 2018 hanyalah 1.25%, yakni terburuk dalam sejarah negara.

Rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan mahupun Iban dan semuanya terpaksa “bail-out” T—-g H–i sebanyak RM19 bilion.

(OSTB : Tepat sekali. Perompak zaman itu hidup mewah dengan menipu atau sapu duit rakyat marhaen. Tetapi perkara ini bukan baru. Rakyat marhaen dan rakyat miskin sebenarnya sudah memberi nyawa dan memberi laluan bagi perompak ini (bertopengkan golongan elit) sapu duit rakyat sejak berpuluh tahun. Dan majoriti orang Melayu masih belum sedar bahawa kaum elit masih menghisap darah mereka setiap hari. 

Pelbagai helah digunakan untuk memperbodohkan rakyat biasa – memperjuangkan bangsa, agama, negara, memperjuangkan bahasa, memperjuangkan hak rakyat tertindas. Memperjuangkan “Islam”, menegakkan syariah, menegakkan hudud (sudah lapuk, diganti sekarang dengan RUU355) dan banyak alasan lagi.  Semuanya hanya semburan air liur untuk menipu orang Melayu.)

Tetapi, pada masa yang sama, gaji CEO anak syarikat T—-g H–i tidak terjejas, tidak sejajar dengan apa yang berlaku. Malah, CEO makin tamak dan rakus terutamanya syarikat milik T—-g H–i seperti Syarikat T—-l M—–a K—–a Berhad, dan B— I—m H——s  Berhad. 

Ketika seorang mak cik di kampung mendapat hibah 1.25% dan terpaksa menunggu berpuluh tahun untuk menabung RM10,000 untuk menunaikan haji, pendapatan CEO syarikat T—–l M——a iaitu M—-d H—n adalah bersamaan dengan RM903,000 sebulan ataupun RM10.84 juta setahun. 

Kegilaan apakah ini? Bertahun-tahun beliau menerima imbuhan tak masuk akal ini?

Yang lebih menjijikkan, pendapatan beliau pada 2019 naik hampir 17%, menjadikan purata pendapatan bulanan beliau tahun lepas adalah RM1.05 juta SEBULAN!

Ini menyamai pendapatan bersamaan RM30,000 sehari, manakala majoriti simpanan penabung haji yang menabung berpuluh tahun tidak pun sampai RM700! Gaji CEO ini untuk satu hari adalah bersamaan dengan tabungan seumur hidup penabung.

(OSTB : Kegilaan ini bermula bila Pak Lah Badawi (dan Dr Mahathir) mendengar nasihat seorang penasihat yang juga penyamun. Penasihat itu telah nasihati Pak Lah Badawi mengisi slogan-slogan kosong dan bodoh seperti ‘High Income Nation’, ‘Feel Good’ dsbnya dengan kenaikan gaji yang mendadak bagi kakitangan kerajaan dan kakitangan syarikt GLC.  Maka budak jawab telefon di GLC boleh dibayar gaji RM3000 ke atas. Fresh graduate engineer dibayar gaji RM5000 sebulan oleh GLC (padahal sahabatnya yang graduate bersama mendapat gaji RM2500 sebulan di syarikat swasta).

Maka penasihat itu pun boleh senyum lebar kepada Pak Lah ‘We already are a high income nation’. Dan Pak Lah pun ‘menghargai’ kepintaran penasihat itu dan terus bagi kenaikan pangkat kepadanya.  Lagi gemuklah ular sawa.   

Tetapi pada waktu yang sama  ramai orang Melayu seronok bila anak mereka dapat kerja dengan GLC dengan gaji yang ‘above average’. Orang Melayu tidak faham bahawa ‘Feel Good’ dan ‘High Income Nation’ itu sebenarnya adalah camouflage dan smoke screen bagi mengabui mata mereka daripada menyedari ‘penyelewengan dan ketirisan berpuluh juta dan beratus juta’ duit rakyat yang sedang berlaku. Orang Melayu juga kurang faham bahawa gaji gila beratus ribu sebulan itu adalah daripada duit mereka sendiri. Taxpayers funds atau duit rakyat sendiri.  

Of course CEO pun perlu dibayar gaji gila beratus ribu Ringgit sebulan dsbnya. Kalau lah budak jawab telefon dibayar gaji RM3000 takkan CEO pula dibayar gaji RM30,000 sebulan sahaja. Takkan CEO hanya 10 kali besar tugasnya daripada budak jawab telefon. So CEO dibayar gaji beratus ribu Ringgit sebulan. 

Alasan yang diberi ialah CEO layak dibayar gaji beratus ribu Ringgit sebab mereka menjaga ‘asset’ yang bernilai berbilion Ringgit. Ladang yang luas,  pelantar yang mahal, kilang yang besar, bank oligopoli, syarikat monopoli dsbnya. Tetapi sebenarnya CEO tidak perlu menanggung sebarang risiko yang wajar dibayar ganjaran beratus ribu atau berjuta Ringgit itu. Contohnya CEO tidak perlu ada skill ‘fund raising’ atau mencari dana. Sebarang keperluan dana diambil daripada duit rakyat – duit kita.  Tunggu saja peruntukan daripada Belanjawan Tahunan. Dan apabila syarikat bankrap, Kerajaan akan bail out dengan menggunakan duit rakyat lagi. Seperti bailout RM19 billion yang disebut oleh Megat Amir di atas.

NOTA MERAH : CEO yang dibayar gaji gila lebih mudah dimanipulasi oleh ‘boss’ untuk menjadi kuli setia ‘Saya yang menurut perintah‘. Lebih mudah bagi Tuanku perintah Hang Tuah terjun ke dalam lubang tahi untuk selamatkan kuda baginda.  Takkan CEO yang tidak pernah terfikir akan mendapat gaji beratus ribu Ringgit sebulan  akan berani ‘tidak mahu ikut perintah‘ boss.   Maka apabila boss suruh CEO terjun ke dalam lubang tahi,  CEO pun jadi Hang Tuah lah.)

Kenapa ini dibiarkan berlaku?

Mari kita lihat pula sebuah lagi anak syarikat T____g H–i iaitu B__B H______s Berhad. CEOnya adalah M–d M—–m. Berapakah pendapatan beliau pada 2018 ketika T—-g H–i membayar 1.25% hibah kepada orang Melayu yang miskin? RM3.12 juta setahun.

Naik 2.7 kali ganda dari pendapatan beliau pada tahun 2017 iaitu RM855,000. Ketika T—-g H–i sudah hampir runtuh, CEO anak syarikat mendapat kenaikan gaji berganda-ganda!

(OSTB :  Sila baca Nota Merah di atas sekali lagi.)

Yang lebih menjijikkan, pendapatan beliau pada 2019 naik hampir 17%. 

Ini menyamai pendapatan bersamaan RM30,000 sehari, manakala majoriti simpanan penabung haji yang menabung berpuluh tahun tidak pun sampai RM700! Gaji CEO ini untuk satu hari adalah bersamaan dengan tabungan seumur hidup penabung.

Mereka ini mendapat gaji hasil dari titik peluh nelayan petani pesawah yang bersusah payah menyimpan sikit demi sedikit untuk menunaikah haji.

Harus diingatkan, untung T—-g H–i pada 2018 jatuh 50% dari tahun sebelumnya, namun mereka ini tanpa segan silu masih menerima gaji yang amat tinggi. Adakah masuk akal pendapatan RM900,000 sebulan! Tidak bukan?

Tidakkah ini satu yang sepatutnya memalukan?

Kenapakah pihak ahli Lembaga Pengarah tidak bersuara? Melihat kepada laporan tahun B–B, jawapannya jelas: mereka juga mendapat habuan yang menggiurkan.

Jumlah imbuhan untuk ahli lembaga pengarah di Syarikat T—–l adalah hampir RM1.5 juta, manakala untuk B–B H——s mendapat RM4.1 juta. 

Pengerusi B–B H——s mendapat RM375,000, manakala ahli Lembaga Pengarah yang lain masing-masing mendapat di antara RM375,000 hingga RM768,000 setahun. Mereka bersuka ria dengan habuan yang tidak masuk akal.

Bagaimanakah caranya untuk menaikkan hibah untuk makcik penoreh getah, pakcik pesawah padi yang begitu ciput sekali? Arghhh, persetankan! Yang penting aku sebagai CEO dapat habuan hampir RM1 juta sebulan.

Inilah barah yang sedang meresapi tubuh ahli profesional Melayu di GLC. Rata-rata mereka ini kluster di kayangan.

Lihat pula anak syarikat P——–n N——l B—-d (–B). Majoriti penyimpan di Amanah S—m hanya mempunyai simpanan tidak sampai RM1,000 tetapi CEO anak syarikat mendapat habuan yang melampau. Contohnya, CEO M—–k, milik –B.

CEO M—–k adalah F—d A—s, yakni CEO sejak 2013. Beliau ini juga adalah pengerusi Persatuan B–k-B–k Malaysia yang mengeluarkan kenyataan bahawa faedah ketika moratorium harus dikenakan. Pendapatan beliau tahun 2019? Hampir RM7.6 juta setahun ataupun RM630,000 sebulan!

Majoriti penyimpan di –B hanya ada RM1,000 dalam simpanan, bermakna mereka harus menyimpan RM1,000 setahun selama 630 tahun baru bersamaan dengan gaji beliau sebulan.

Bagaimana pula dengan syarikat S–e D—y milik –B? Laporan tahunan S–e D—y P——–n (–P) ada menunjukkan imbuhan kepada CEOnya iaitu M–d B—e, bekas Pengerusi —B, yang baru mendapat habuan menjadi Pengerusi T—–m.

Ketika beliau menjawat kedudukan sebagai CEO di S–e D—y P———s (–P)  pendapatan tahunan beliau hampir RM8 juta setahun. Pendapatan beliau selama menjadi CEO di situ dari tahun 2011 hingga 2017 adalah RM64 juta!

Yang menghairankan, ketika beliau menjadi CEO pada 2011, simpanan tunai di –P adalah hampir RM5 bilion, tetapi ia merosot kepada RM500 juta pada 2018, manakala hutang naik kepada RM15 bilion!

(OSTB : Saya kenal kawan tu. Tak pernah miss sembahyang Jemaat.)

Tidakkah ini sesuatu yang memalukan? Tidakkah ini namanya tamak? Harus diingatkan, dividen –B pada tahun lepas adalah yang terburuk dalam sejarah. Adakah CEO ini semua peduli? Argghh, persetankan saja.

Syarikat milik kerajaan iaitu K——h N——l juga sama. Dua kali lima. CEO anak syarikat mereka mendapat habuan melimpah ruah. Akhbar The Star pernah melaporkan bahawa pada 2018, pendapatan CEO syarikat I– Berhad adalah RM33 juta setahun!

Kegilaan apakah ini? Yang menariknya, CEO itu adalah warganegara S——-a. Harus diingatkan juga, K——h melaporkan kerugian RM6.27 bilion pada 2018. Adakah CEO peduli? Argghh, persetankan sekali lagi!

Salah sebuah syarikat milik K——h ialah C–B B–k. CEO pada tahun 2018 tidak lain dan tidak bukan adalah Menteri K——n kerajaan P——-n N——l iaitu T—-u Z—-l A–z.

Beliau bangga berkata di stesen TV Astro Awani bahawa Mak Cik Kiah tidak perlu membayar faedah (selepas itu beliau u-turn dan menyalahkan Bank Negara Malaysia).

Pendapatan beliau pada tahun 2018 adalah RM8.6 juta setahun ataupun RM717,000 sebulan.

Adakah mereka ini faham apa yang dihadapi oleh rakyat marhaen seperti Mak Cik Kiah?

Apabila kita meneliti laporan tahunan yang lain, jelas yang kaya terus kaya atas keringat rakyat. Pendapatan CEO K——h sebelum ini dikatakan hampir RM650,000 sebulan.

Pendapatan CEO syarikat milik K——h juga menggila, CEO A—ta B—-d mendapat hampir RM7 juta setahun, sedangkan pada tahun yang sama A—ta B—-d melaporkan kerugian RM7.64 bilion.

Ramai lagi CEO yang rata-rata orang Melayu tidak mahu berkongsi kesusahan rakyat. Tiada seorang pun yang menawarkan potongan gaji mereka.

Ketika pekerja hilang mata pencarian, bergelut mencari nasi dan susu untuk keluarga, dan wang simpanan makin susut, CEO KW– masih boleh senyum gembira setiap hujung bulan.

Berdasarkan laporan tahunan KW– terkini, gaji CEO dan timbalannya mencecah RM6.1 juta tahun lepas, ataupun purata hampir RM130,000 seorang ataupun RM4,300 sehari.

Bandingkan gaji mereka dengan fakta bahawa 1 dalam 5 penabung di KW– mempunyai simpanan untuk hari tua hanya RM7,000 sahaja!

Ketika harga m—-k jatuh dan keuntungan P——- makin turun, pihak atasan di P——- masih di kayangan. Gaji CEO P——-  hampir RM8 juta, malah dengan imbuhan yang menarik.

Pernah dilaporkan bahawa antara imbuhan CEO adalah P——- membayar setiap tahun kos percutian CEO dan keluarga ke mana sahaja di dalam dunia sebanyak RM300,000 setahun. Wow!

Ini berbeza dengan 10 tahun yang lalu. Dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia pada Oktober 2004, bekas presiden P——- berkata ketika zaman beliau, elaun ahli lembaga pengarah RM3,000 sebulan. Kini dikatakan keseluruhan secara purata mencecah RM40,000 sebulan!

Sebagai perbandingan, gaji CEO bank terbesar dunia iaitu Industrial and Commercial Bank of China Ltd (ICBC) hanyalah RM380,000 setahun, ataupun RM32,500 sebulan! Bandingkan dengan CEO M—–k, C–B, B–k I—m dan yang lain.

Syarikat GLC Malaysia jauh lebih kecil dari ICBC, tetapi anehnya gaji mereka jauh lebih tinggi. Hairan bin ajaib.

Tiada seorang pun antara mereka yang dengan sukarela memotong gaji. Tidak ada langsung sifat menolong yang susah. Inikah sifat orang Islam?

Ada yang berkata, usahlah dengki. Mereka ini layak. Mereka ini Melayu Islam. Kau rakyat apa tahu? 

Kalau kau tiada wang, pergi saja pajak gadai. Alhamdulilah, walaupun rakyat berbaris panjang berjela memajak emas perak untuk membeli makanan untuk anak isteri, menteri berkata ini benda positif kerana orang Islam celik fasal kewangan Islam. Aduh, beginikah, tuan mufti?

Difahamkan Dr Mahathir memotong elaun pengerusi dan ahli lembaga pengarah badan-badan berkanun pada hujung 2019, dan CEO GLC yang dilantik oleh Lim Guan Eng ketika itu menerima gaji dan imbuhan yang lebih kecil dari apa yang mantan-mantan CEO terdahulu terima. 

Namun, usaha Kementerian Kewangan untuk memotong gaji dan elaun pengerusi, ahli lembaga pengarah dan CEO di GLC menerima tentangan hebat dari mereka yang dilantik oleh rejim Najib, terutamanya GLC yang tersenarai di Bursa Saham. 

Mereka mahu imbuhan yang lebih besar. Jika dipotong, bagaimana mahu ke London ketika musim sejuk nanti? Mana ada “kelas” bercuti di Malaysia tanpa salji?

Ya, aku CEO, aku “chairman”, maka aku hebat.

Amat jijik apabila mendengar mereka ini bertempik bahawa mereka berkhidmat bersama GLC kerana niat murni “national service”, tetapi tidak mahu gaji dan imbuhan dipotong langsung. Hipokrit, bukan? Cakap tak serupa bikin.

Kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kesemua mereka ini haruslah diberi gaji yang lebih kecil, dan simpanan dari pengurangan gaji mereka boleh disalurkan kepada anggota polis, tentera, bomba, jururawat dan doktor yang bertungkus lumus menyelamatkan negara. Ini lebih baik. 

Tetapi rakyat usah berhajat tinggi, sekarang ini, apabila ahli politik menjadi pengerusi lantikan dan menteri kewangan seperti lebih menjaga bank, usah mimpi gaji mereka ini semua akan dipotong. 

Nasib kau lah rakyat sekalian. – 16 Mei, 2020.

* Megat Shahrizal Amir adalah pembaca The M——-n I—–t.

Conclusion :

Eloklah Megat Shahrizal Amir boleh nampak ‘kegilaan’ membayar gaji tinggi-tinggi kepada CEO, Penegrusi dan sebagainya bagi GLC yang wujud atas duit rakyat marhaen. Atau duit tabung dan duit amanah orang miskin. Duit nelayan, petani, pesawah, cikgu sekolah rendah, pekerja GrabFood dsbnya. 

Hujah yang mengatakan CEO GLC layak dibayar gaji beratus ribu dan berjuta Ringgit atas sebab mereka menjaga aset-aset syarikat bernilai berbilion Ringgit adalah hujah bodoh dan songsang. Kalau begitu lebih baik Perdana Menteri Malaysia dibayar gaji SATU BILION RINGGIT setahun sebab PM menjaga negara Malaysia yang GDP ekonomi kita (aset juga) melebihi RM1.2 TRILLION !!  

Yang kita perlu faham ialah GLC tidak mengambil risiko yang serupa dengan syarikat swasta. Ultimate source of funds atau punca dana bagi GLC adalah duit rakyat atau taxpayers funds. Jika GLC terdesak memerlukan duit, CEO hanya perlu angkat telefon dan panggil Kementerian Kewangan. Itu saja skill set yang besar yang perlu pada CEO GLC.

Jika nak pinjam duit daripada swasta pun, Kerajaan boleh memberi Government Guarantee atau jaminan Kerajaan. 

Dan apabila GLC nak bungkus atau menghadapi masalah kewangan, ultimate saviour adalah kita – taxpayers – yang akan bailout GLC. 

Kalau GLC perlukan lesen monopoli, poo kanan poo kiri – jadilah lesen monopoli. Just like that. 

Syarikat swasta pun sanggup bayar gaji yang tinggi kepada CEO mereka tetapi lazimnya itu duit bapak dia. Atau duit swasta. Bukan duit taxpayers funds. Bukan duit bapak kita.

Dan jika mereka menghadapi masalah kewangan tidak ada pun duit rakyat atau taxpayers funds untuk bailout mereka. Mereka kena survive sendiri.

Satu ketika dulu saya pernah bantu meminjam RM1.0 Billion bagi majikan saya. Duit itu kami pinjam untuk membangunkan stesen jana kuasa IPP di Kulim High Tech Park. Saya sebagai Director Corporate Finance    syarikat itu di beri tanggungjawab negotiate dengan bank untuk menandatangani pinjaman RM1 billion. 

Waktu itu pula ekonomi negara kita dilanda Krisis Kewangan Asia atau Asian Financial Crisis dan bank mengambil keputusan tidak mahu beri pinjam kepada syarikat kami.  

Untuk memendekkan cerita akhir sekali kami berjaya juga meminjam duit RM1 billion daripada bank – tetapi setelah melalui saat-saat yang sangat getir sehingga rambut kepala saya pun luruh.

Dan apabila pinjaman dana bagi projek itu cukup maka majikan saya telah membayar bonus yang agak lumayan kepada saya. Untuk menghargai usaha dan sumbangan saya memperolehi pinjaman dana. Dan untuk tampal lopak di atas kepala.

Itulah private sector atau sektor swasta yang sebenarnya – di mana syarikat swasta, CEO, pengurus dan Director menghadapi cabaran dan mengambil risiko yang tinggi  dan mereka perlu perform sebelum mereka boleh mendapat ganjaran atau pulangan yang setimpal.     Tidak ada lesen monopoli, bantuan kewangan ‘taxpayers funds’ tanpa had dsbnya. 

Gaji CEO mesti setimpal dengan cabaran dan risiko yang dihadapi dan telah diatasi. Tanpa perlu kepada duit rakyat, government guarantee, lesen monopoli atau lesen oligopoli. 

So macam mana – can or cannot?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*