Home » General » Najib Bagi Kontrak 6 Kapal TLDM Harga RM9.0 Bilion (RM1.5 Bilion Sebiji) Tunggu 6 Tahun Tak Jadi. RM6 Billion Sudah ‘Di Bayar”. Burn. China Sudah Siap Dan Deliver 3 Kapal Dalam 2+ Tahun, 1 Lagi pada 2021. Harga RM300 Juta Sebiji

Najib Bagi Kontrak 6 Kapal TLDM Harga RM9.0 Bilion (RM1.5 Bilion Sebiji) Tunggu 6 Tahun Tak Jadi. RM6 Billion Sudah ‘Di Bayar”. Burn. China Sudah Siap Dan Deliver 3 Kapal Dalam 2+ Tahun, 1 Lagi pada 2021. Harga RM300 Juta Sebiji

 

OSTB :  Tuan-tuan, ingat tak selama 3 tahun (2015 – 2018) kita semua terpaksa bayar GST 6%? Harga barang semua naik melambung.  Najib kata kita kena bayar GST sebab Kerajaan tak ada duit.

Ingat tak laporan berita berikut, pada 2014 Najib dan geng dia sign kontrak RM9 billion untuk beli 6 biji kapal LCS (Littoral Combat Ship – ‘littoral’ maksudnya pesisiran pantai. Dia main di pesisiran pantai sahaja.)  Maksudnya harga SATU KAPAL RM1.5 BILLION !! ENAM tahun kemudian habuk pun tak jadi. Depa sudah bayar ‘deposit up front’ RM6 Billion duit kita tapi satu biji kapal pun tak jadi. Duit deposit RM6 Bilion itu sudah burn.

“The project, worth more than RM9 billion, was awarded in 2014 and the order was for six littoral combat ships (LCS) to be constructed. The first ship should have been delivered in April 2019, but not one ship has been built although the government has paid the company RM6 billion”

OSTB :   Kemudian pada 2017, Najib sign kontrak buat kali kedua dengan China pula untuk EMPAT biji kapal LCS juga tetapi dengan harga RM300 Juta sahaja bagi setiap satu kapal.  Maksudnya harga kali ini LIMA KALI lebih murah daripada kontrak yang sudah “burn” itu.

Tuan-tuan saya ada soalan cepu mas. Sila baca lagi tetapi sebelum itu sila lihat video YouTube ini.



 

  • New contract with China signed March 2017
  • Total of 4 LCS ships costing RM1.17 Billion 
  • 1st ship delivered January 2020 
  • 3rd ship delivered Oct 30, 2020
  • 4th ship delivered by 2021

Tak sampai 3 tahun pun China sudah deliver TIGA daripada EMPAT buah kapal LCS itu.

Soalan cepu mas ialah :

1. Ke mana perginya duit RM6 billion yang sudah pun dibayar untuk kontrak yang pertama itu (2014?)

2. Jadi RM6 billion kontrak yang sudah burn + RM1.17 billion kontrak dengan China = RM7.17 Billion.

Ikut harga China ia itu RM300 Juta bagi satu kapal maksudnya RM7.17 billion boleh beli 24 buah kapal LCS dari China !!

Ok cerita ‘horror story’ ini belum habis.

Katakanlah China siapkan “hull” atau body kapal saja tanpa weapons dan radar (tanpa missile, meriam, CIWS, radar dsbnya) maksudnya TLDM kena belanja lagi banyak billions untuk lengkapkan 4 buah kapal LCS itu dengan peralatan radar, elektronik dan persenjataan (weapons systems).

Lagi banyak billions-lah tu.

Tuan-tuan sekarang sila lihat gambar berikut :

 


Inilah keadaan ramai rakyat marhaen kita sekarang. Nak cari duit RM50 pun kena kerja macam nak mampos.    Terpaksa dukung baby sekali, kerja kurier. Atau kerja hantar Grab Food.

Budak yang bawa motor ini pun terpaksa bayar cukai – cukai beli motor, cukai Road Tax, tanggung beban cukai sales tax 6% (sales tax tidak seteruk GST 6%).

Rakyat marhaen merempat. Orang kaya, orang besar, orang kroni, orang yang ada lesen monopoli, lesen oligopoli besar, orang yang pegang AP makan duit kita atas angin.

Kalau depa makan duit sendiri itu very good. Kita tak peduli.

Tetapi RM6 Billion duit kita sudah burn. Siapa ambil duit itu? Ke mana perginya duit RM6 billion itu? Itu duit bapak kita. Bukan duit bapak dia.

Duit RM6 billion itu duit si ayah muda dalam gambar di atas itu. 

Rakyat marhaen yang terpaksa tanggung segala jenis pencuri bangsat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*