Home » General » Monopoli GLC Miskinkan Rakyat – Budget Semua Cukup. Masalahnya Tiada Persaingan, Ketirisan, Rasu_h.

Monopoli GLC Miskinkan Rakyat – Budget Semua Cukup. Masalahnya Tiada Persaingan, Ketirisan, Rasu_h.

Di sini ada lagi cerita rakyat negara di miskinkan akibat monopoli.

No 1.  Kes jambatan gantung runtuh di Ranau, Sabah. Inilah kes dari Ranau, Sabah di mana tiga pelajar sekolah cedera apabila jambatan gantung di kampong mereka runtuh. Mereka berkumpul atas jambatan gantung itu untuk mendapat signal Internet untuk belajar kelas online. Mengikut berita ini sambungan Internet di kampong mereka tidak baik dan penduduk kampong biasa berkumpul atas jambatan itu untuk mendapat ‘connection’. 

 


 

 


  • Ranau: tiga pelajar mencari jaringan Internet tragedi 
  • terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh 
  • seorang pelajar patah kaki 
  • cuba akses Internet di jambatan gantung ketinggian 18 meter
  • penduduk kumpul di jambatan untuk jaringan Internet
  • mangsa di tengah jambatan untuk mengikuti kelas online
  • Sambungan Internet di Kampung G.. teruk

Media lain juga buat kesimpulan :

  • connectivity solved by Dec, temporarily, (???) with VSAT 
  • provided by a state-backed company
  • 3 telecommunication towers will be built near village
  • None of these should be happening in such a day and age
  • RM9.4b multimedia allocation under 2021 Budget important
  • allocation, however, has to be wisely spent 
  • to ensure every M’sian, wherever they live, get equal slice of digital pie

 

No 2. Kes seorang ayah mendirikan khemah di atas bukit untuk membantu anaknya mendapat ‘connection’ Internet bagi mengikuti kelas Online

 

 

TANAH MERAH: father set up tent on 20m hill for undergrad daughter
due to poor internet coverage in their village
Nurlieda Khaleeda 2nd-year student with Universiti Malaya
used to go to town 3km away to get decent internet connection
Nurlieda used classroom every day during CMCO
but not at night because of snakes 
brought her laptop and wireless modem, 2-3 hours a day in tent 

  • switch on handphone camera to allow lecturers to monitor
  • difficult for my examinations
  • 2 hours provided insufficient due to unstable connection
  • If internet disconnects, no additional time is given

father Azmi said problem faced by students in higher education, schools
Azmi said problem nothing new
some have built tree houses to get better coverage

My comments :

Ini cerita lama. Dan percayalah cerita serupa ini akan berulang lagi.

Setiap tahun peruntukan Bajet adalah berbillion Ringgit. 

Ikut laporan di atas Bajet 2021 sahaja membuat peruntukan RM9.4 Billion.

Bagaimana pula dengan peruntukan berbillion Ringgit bagi tahun-tahun sebelum ini? Ke mana perginya semua peruntukan berbillion Ringgit itu?

Setiap tahun Kerajaan ambil duit kita, taxpayers funds, berbillion-billion Ringgit untuk peruntukan ini dan itu.  Tetapi anak-anak kita masih jatuh dalam sungai, atau terpaksa panjat bukit untuk connection dan begitu. Ke mana perginya berpuluh billion Ringgit duit kita yang dibelanjakan itu?

Yang berikut pula cerita lain yang saya rujuk sebagai contoh sahaja. Selama dua – tiga minggu sebelum ini saya melihat sub-kontraktor ‘outsourcing’ membuat kerja memasang kabel di jalan di kawasan rumah saya. (Saya tidak sebut kabel jenis apa tetapi kontraktor itu diupah oleh syarikat monopoli GLC juga).  

Yang peliknya kontraktor outsourcing itu mula kerja pada lewat malam – selepas 10 malam sehingga pukul 2 – 3 pagi baru habis. Kawasan saya adalah sunyi dan tiada trafik pun. Mereka tidak perlu kerja lewat malam (untuk elak menganggu trafik). Tetapi jelas sekali apabila kontraktor kerja lewat malam mereka boleh charge overtime. Upahnya adalah lagi mahal. 

Soalannya kenapa syarikat GLC monopoli itu membenarkan sub-kontraktor membuat kerja pasang kabel pada waktu lewat malam yang confirm akan melibatkan bayaran overtime yang lebih tinggi? 

Jawapan yang simple ialah sebab mereka tidak menggunakan duit bapak dia. Yang menjadi hangus adalah duit bapak kita. Duit kita yang habis sebab GLC itu dibayar daripada duit kepunyaan rakyat. 

Kalau GLC tak cukup duit mereka boleh minta peruntukan yang lebih daripada Kerajaan. Sebab itu setiap tahun Kerajaan membuat peruntukan berbillion Ringgit tetapi ‘connection’ masih tak jadi-jadi. 

Nombor 2 ialah mereka adalah monopoli. Kalau kita tak setuju pun kita (sebagai pengguna) tak boleh buat apa pun. Sebab mereka pegang lesen monopoli.

Satu lagi soalan yang timbul ialah apakah terlibat rasuah di mana kontraktor dan orang dalam GLC subahat untuk sengaja membenarkan kontraktor charge overtime kerja lewat malam? Dan upah overtime yang lebih mahal itu di AGIH sesama mereka? 

Kenapa saya syaki atau mempunyai suspicion perkara itu boleh berlaku? 

Sebab sekitar tahun 2009 saya pernah siapkan sebuah rumah banglo di Kuala Lumpur. Jadi saya perlu buat ‘cabel connection’.  Syarikat monopoli GLC yang terlibat suruh saya bayar RM7,000+   untuk ‘sub-kontraktor’ mereka korek jalan untuk membuat cable connection itu. Saya pun terpaksa membayar duit itu menerusi kontraktor saya pula.  Bayaran RM7,000+ itu di kira mengikut SOP jarak rumah banglo itu dari  ‘nearest connection point’.  Sub-kontraktor GLC itu akan bawa traktor, pekerja Bangla dsbnya dan korek jalan, tarik kabel baru, buat connection cabel, tampal balik jalan tar dsbnya. Saya pun setujulah. No problem.

Beberapa hari selepas saya telah jelaskan bayaran maka ‘cable connection’ itu pun siap dibuat tetapi TIDAK ADA SEBARANG KERJA-KERJA KOREK JALAN !! TIDAK ADA SEBARANG TRAKTOR. TIDAK ADA SEBARANG KABEL BARU YANG DITARIK !!

Apabila ditanya – rupanya ‘sub-kontraktor’  GLC monopoli itu telah jumpa ‘connection point’ sebiji berdepan rumah itu pula !! Bukan di tempat yang berjarak jauh !! THE CABLE CONNECTION POINT WAS RIGHT IN FRONT OF THE HOUSE !!

Jadi rugilah saya kena bayar RM7,000+ ikut SOP mereka  yang mereka kata memerlukan kerja-kerja korek jalan, tarik kabel baru,  tampal balik jalan tar dsbnya. Saya sudah kena tipu. 

Tidak lama selepas itu saya telah buat aduan kepada CEO syarikat monopoli GLC itu (yang saya jumpa dalam pertemuan dengan bloggers). CEO itu jawab aduan saya dengan mengatakan bahawa mereka telah semak fail dan semunya OK, semuanya ikut prosedur. 

The problem was I could only issue the cheque to my own contractor (with whom I had a contract) who was dealing with all these connection issues. My contractor then had to pay the GLC or their sub-contractor. That part was none of my business.  Jadi from a legal point of view saya tidak mempunyai ‘direct connection’ dengan GLC berkenaan atau subkontraktor mereka untuk bayar duit korek jalan dan tarik kabel.

Kemungkinan besar hanya sebahagian daripada duit RM7,000+ telah sampai kepada GLC itu, setimpal dengan kerja connection yang TIDAK PERLUKAN kerja korek jalan atau tarik kabel. 

Maksudnya apabila CEO itu semak fail memang ‘work order’ mereka semua ikut prosedur yang betul.   Tetapi prosedur kepala hotak juga. Sebab kalau saya tidak bayar, connection itu tidak akan jadi. Saya hanya orang biasa, bukan koporat besar atau orang besar yang boleh cabar atau lawan “prosedur” GLC.  

Sekali lagi saya suspect berlaku subahat antara sub-kontraktor outsourcing dengan orang dalam GLC itu. Duit saya RM7,000+ mereka AGIH sesama sendiri. Untung atas angin sebab tiada kerja korek jalan, tiada tarik kabel baru atau  tampal balik jalan tar telah dilakukan. Rezeki yang haram yang mereka telan dalam perut mereka.

Jadi semua ini boleh berlaku sebab kita biarkan GLC bermonopoli bermaharaja-lela dalam negara kita. 

Apabila bermonopoli mereka tidak perlu bersaing. No competition. Apabila tidak perlu bersaing mereka tidak perlu risau sangat produk atau service quality. Sebab tuan-tuan sebagai pengguna tidak mempunyai pilihan lain. You must go back to them. Mereka pegang monopoli. Tuan-tuan tiada pilihan.

Dan untung besar bagi mereka adalah daripada peruntukan berpuluh billion Ringgit duit rakyat setiap tahun yang dibelanjakan bagi infrastruktur negara. 


 

Sebab itu walaupun duit sudah dibelanjakan seorang ayah masih kena membuat khemah di atas bukit. Ke mana perginya peruntukan berbillion Ringgit pada tahun-tahun sebelum ini?

Laporan berita juga mengatakan bahawa :  Three telecommunication towers will also be built near the village, though it should be pointed out that these plans were already in the works before the incident at the bridge.   

Kalau sudah ada   “plans were already in the works”   daripada dulu maksudnya mesti sudah ada peruntukan wang daripada dulu. So where did the money go?

 
Jadi tuan-tuan semua ini adalah kerana pemikiran kolot daripada zaman pemerintahan Barisan Nasional dengan dasar kolot DEB atau New Economic policy yang memperkasakan sistem ekonomi bermonopoli oleh GLC dan bilangan paling sedikit orang kaya.
 
Akhir sekali GLC monopoli dan monopoli lain yang dilesenkan Kerajaan lebih merugikan rakyat daripada majukan ekonomi kita. 
 
Rakyat negara masih miskin dan hidup susah kerana berpuluh billion Ringgit duit rakyat atau taxpayers funds menjadi asap bagi kita. 
 
Tetapi menjadi mesin cetak duit bagi GLC dan orang kaya yang diberi lesen monopoli oleh Kerajaan. Inilah nasib kita sekarang. Sampai bila lagi tuan-tuan akan rela diperbodohkan dan dimiskinkan begini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*