Home » General » Lebai Indonesia Yang Lebih Berakal

Lebai Indonesia Yang Lebih Berakal


Vice President Ma’ruf Amin


  • Vice President, senior Muslim cleric Ma’ruf Amin said vaccine no need to be halal
  • If vaccine not halal it’s also not a problem
  • Because it’s an emergency situation it’s okay to use [a non-halal vaccine]
  • Ma’ruf, non-active chairman of Majlis Ulema Indonesia (MUI)
  • I reiterate non-halal [vaccine] in emergency situation is permitted
  • vaccine being developed by Chinese company Sinovac with PT Bio Farma

published in thejakartapost.com 

title “COVID-19 vaccine does not need to be halal, Ma’ruf Amin says” 

My comments :

Al Quran adalah sangat jelas berkenaan keadaan yang menjadi ’emergency’ atau ‘terdesak’.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sahih International Translation: He has only forbidden to you dead animals, blood, the flesh of swine, and that which has been dedicated to other than Allah. But whoever is forced [by necessity], neither desiring nor transgressing – then indeed, Allah is Forgiving and Merciful.

Jadi apa yang disebut oleh Ma’ruf Amin, Pengerusi Majlis Ulama Indonesia adalah selari dengan apa yang tersebut dalam Al Quran.

Jangkitan Corona Virus boleh membawa maut. Dalam negara kita setakat ini lebih 300 orang telah maut. Di seluruh dunia pula bilangannya sangat menakutkan ia itu hampir 1.3 juta manusia maut – sehingga sekarang. Dan jumlah ini masih meningkat.


Semua manusia bertanggungjawab bukan saja untuk menyelamatkan nyawa sendiri tetapi vaksin virus korona mampu memberi kita immunity yang akan menghalang virus itu daripada merebak dalam masyarakat kita. 

Katakanlah dalam sesebuah kampong itu ada 500 penduduk yang sudah disuntik vaksin Corona Virus. Maka bukan saja 500 orang penduduk itu selamat daripada jangkitan Virus tetapi mereka juga boleh bergerak bebas dalam masyarakat tanpa menjadi ‘carrier’ atau penyebar Corona Virus.

Saya harap golongan pemikir dan cerdik pandai dalam masyarakat kita akan faham kenyataan Bapak Ma’ruf Amin, Pengerusi Majlis Ulama Indonesia dan seterusnya membantu mencantas sebarang hujah yang kurang berhikmah yang boleh membahayakan nyawa manusia.   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*