Home » General » KEUPAYAAN BERFIKIR Oleh Mohamad Ali

KEUPAYAAN BERFIKIR Oleh Mohamad Ali

 

Saya telah menerima tulisan berikut daripada seorang pembaca sdra Mohamad Ali (terima kasih). Ceritanya ringkas tetapi sangat penting dan saya telah membuat sedikit ulasan pada penghujung sini. 


KEUPAYAAN BERFIKIR

Al marhum Professor Ungku Aziz kerap mengulangi betapa pentingnya kanak2 diberi makanan yang bernutrisi tinggi agar AKAL FIKIRAN berkembang dengan baik. 

Makanan yang diperkayakan dengan khasiat OMEGA-3 mempunyai DHA yang amat diperlukan agar sel-sel otak berhubung dan dapat membantu individu-individu berfikir secara LOGIK dan WARAS. 

OMEGA-3 boleh didapati dari ikan-ikan berminyak seperti mackerel, salmon, seabass dan sardin. Mendapat deretan A bagi mana2 keputusan peperiksaan tidak bererti seseorang individu itu semestinya mampu berfikiran secara LOGIK. 

Ramai yang hanya menghafal dan memuntahkan semula apa yang dihafal demi mendapat deretan A. Lebih membimbangkan ialah yang bukan sahaja gagal di dalam peperiksaan malah tidak berkeupayaan berfikir secara LOGIK. 

Yang merisaukan ialah apabila bilangan yang gagal berfikir secara logik dan gagal berkeupayaan memproses maklumat2 yang ada secara bijak ini sangat ramai. 

Ini menunjukkan malnutrisi di kalangan masyarakat yang tinggi di mana mereka tidak mengambil makanan yang berkualiti dengan mencukupi sejak kecil lagi. Ia mungkin disebabkan pelbagai faktor iaitu pengetahuan, ekonomi dan amalan. Faktor harga ikan yang tinggi juga antara sebabnya. 

Melihat kepada corak dan cara pemikiran kumpulan besar BANI MELAYU hari ini, saya nampak ada CORRELATION dengan apa yang diperkatakan oleh Armarhum Professor Ungku Aziz. Pemikiran dan pemprosesan maklumat secara logik seakan-akan hilang dan diganti pula dengan pemikiran secara sempit, jumud, taksub dan sonsang. Ia sudah sampai ke tahap menyanjung perompak, perasuah dan penunggang agama. Ia sampai tahap menerima apa sahaja tanpa berfikiran logik apa yg disampaikan oleh orang politik dan agama. Ia sampai mempercayai apa sahaja yg diberitahu oleh orang yg berpangkat dan berkereta mewah. 

Kita cuba menyelesaikan isu kerencatan daya pemikiran di kalangan masyarakat dengan pemberian ilmu namun ia tidak effektif sekiranya aspek DHA yg tiada atau tidak mencukupi tidak di atasi. Akhirnya kita akan mempunyai ramai individu2 yang berkelulusan tinggi menjadi professor namun masih lemah di dalam berfikiran secara logik dan bijaksana. 

Orang dulu2 banyak makan ikan sebab ikan murah berbanding ayam. Orang harini?


My Comments :  

Mackerel maksudnya tenggiri. Salmon bukan ikan yang native di perairan kita. Tetapi sejak zaman sejarah orang Melayu adalah orang laut atau coastal civilisation. Dan juga riverine civilisation – di tebing sungai. Jadi orang Melayu tidak asing daripada budaya makan makanan laut. Keropok lekor, belacan, ikan masin dan banyak lagi cara ‘preservation’ makanan laut membuktikan tradisi pelaut dan makan makanan laut di kalangan orang Melayu. Saya rasa pada zaman awal negara kita per capita consumption makanan laut oleh orang Melayu adalah jauh lebih tinggi daripada masyarakat India – contohnya.

Berkenaan ‘menghafal dan mendapat berderetan A‘ dalam SPM, perkara yang orang Melayu masih tidak mahu faham dan tidak mahu mendesak Kerajaan membocorkan rahsianya adalah minimum passing marks bagi setiap matapelajaran SPM.  

Saya pernah dengar bahawa minimum passing marks bagi matapelajaran Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris adalah kurang daripada 40 markah – mungkin sekitar 20 markah sahaja. Ini bermaksud bahawa kalau “tahu bunyi dan warna” maka budak-budak sudah boleh pass SPM.

Berkenaan harga ikan pula antara sebab harga ikan sudah naik melambong sejak tahun 1980an dan 1990an ialah lesen nelayan laut dalam di sekat. Hanya nelayan Melayu mudah dapat lesen laut dalam – yang mereka sewa Ali Baba kepada taukeh Cina. 

Oleh itu taukeh Cina kena bayar dua kali – first duit lesen Ali Baba dan kemudian kos minyak diesel, gaji pekerja dsbnya. Nelayan Cina lebih sukar mendapat lesen laut dalam. Jadi supply ikan pun tidak cukup untuk memenuhi kehendak pasaran so harga ikan pun tinggi.  Untuk cover kos bayar sewa lesen Ali Baba taukeh nelayan Cina juga terpaksa ekspot ikan ke Singapura dan Thailand di mana mereka boleh dapat keuntungan yang lebih.  

Tetapi saya kurang setuju dengan pendapat atau teori al marhum Ungku Aziz bahawa kekurangan makanan bernutrisi beri kesan negatif yang begitu besar terhadap perkembangan minda anak-anak Melayu.   Kelemahan teori ini  timbul daripada kegagalan Pak Ungku membuat perbandingan atau comparison dengan bangsa lain dalam negara kita. Satu contoh yang sangat besar adalah kaum India miskin yang menjadi penghuni ladang getah dulu. 

Keadaan ekonomi kaum India di ladang getah dulu sangat teruk sehingga mereka tidak cukup baju dan kasut untuk dipakai. Susah lagi bagi mereka menghidang makanan yang cukup dan nutrisi bagi anak dan keluarga mereka. Kelaziman mereka adalah makan style vegetarian atau makan sayur saja dan jarang makan ayam, ikan atau daging kambing. 

(Saya rasa orang Cina yang miskin dulu pun boleh termasuk dalam kategori serupa.)

Walaupun kaum India penoreh getah tergulung dalam lowest strata of society tetapi pada hari ini ramai anak mereka mampu berjaya dalam bisnes dan kerjaya pada tahap yang lebih baik daripada ibubapa dan atuk nenek mereka dulu. Berpuluh ribu anak India keturunan daripada penoreh getah dulu sudah jadi graduate, lawyer, doktor, pekerja swasta, menjalankan pelbagai jenis perniagaan dsbnya. 

Walaupun masih terdapat golongan India yang miskin tetapi kemiskinan mereka sering disebabkan dasar kerajaan daripada dulu yang menyekat mereka daripada peluang ekonomi. Contohnya orang India yang niaga besi buruk dibatalkan lesen niaga mereka atas pelbagai sebab – ini real story ok, bukan rekaan. Tetapi jika diberi peluang yang sama, orang India mampu menjadi manusia yang produktif dan berguna.

Jadi teori bahawa kekurangan makanan berkhasiat dan nutrisi membantutkan “AKAL FIKIRAN orang Melayu berkembang dengan baik” tidak kena kepada golongan anak-anak penoreh getah kaum India (contohnya). 

Nutrisi memang penting bagi kesihatan badan dan pertumbuhan otak anak-anak muda tetapi perkembangan minda sangat bergantung kepada faktor-faktor lain juga terutama sekali faktor budaya / tradisi.  `

Soalan lebih besar ialah kenapa orang Melayu masih tidak dapat mencari penyelesaian bagi mengatasi kelemahan pemikiran secara lojik dan berakal di kalangan masyarakat Melayu ?

Pada fahaman saya dua sebab utama adalah budaya Melayu yang sangat segani perkara yang tidak lojik atau yang tidak perlukan penggunaan akal ia itu kepercayaan kepada hantu, jampi serapah serta rempah ratusnya. Dan satu lagi adalah pengaruh kepercayaan agama yang juga tidak perlukan penggunaan akal.

Satu contoh yang latest adalah peristiwa ‘hantu mengetuk pintu rumah’ di Sabak Bernam. Jelas sekali ianya adalah perbuatan bodoh oleh orang tertentu untuk tujuan apa saya pun tak tahulah. Tetapi yang sedih sekali peristiwa seperti itu boleh dilaporkan Berita TV sewaktu  prime time.  Maksudnya peristiwa dunggu boleh jadi siaran Berita TV prime time ke seluruh negara. Ia menjadi bukti jelas akan minat masyarakat Melayu dalam perkara yang tidak lojik. 

Tetapi budaya Melayu memang sarat dengan kepercayaan tidak lojik. Konsep “daulat” Raja Melayu di setiap negeri yang beraja dikaitkan dengan “penurunan jin penunggu” negeri itu.  Contohnya ‘Istiadat Tabal Jin Kesultanan Perak’

Menyoal atau tidak mahu percaya atau membantah kepercayaan seperti ini boleh menjemput teguran atau kemurkaan. Maka kepercayaan seperti ini sudah menurun ke dalam dan menyerap saikoloji rakyat marhaen sekali.  

Geng lebai pula sangat suka akan kepercayaan hantu dan jampi serapah masyarakat Melayu kerana ia membuka peluang ‘ekonomi’ bagi mereka menjadi pakar menghalau hantu dan makhluk halus menerusi bacaan ayat dan du’a; berpagar mantera dan air limau.  

Oleh itu geng lebai sangat seronok dengan konsep ‘tidak boleh gunakan akal dalam hal agama‘. Apa yang mereka maksudkan sebenarnya ialah ‘jangan gunakan akal’. 

Saya pernah cadangkan dalam mesyuarat Special Interest Group on Education (sewaktu pemerintahan Pak Lah Badawi) dan juga Round Table on Education (sewaktu Najib) di mana saya dijemput menyertainya bahawa pelajaran agama di sekolah beri tumpuan kepada perkara asas sahaja (Rukun Islam, Rukun Iman) tanpa perlu diajar dari tadika sampai ke universiti (selama 15 tahun). Pelajaran agama patut ditumpukan kepada dua atau tiga tahun sewaktu  sekolah rendah sahaja. 

Lojik saya adalah kerana pelajaran agama mengajar anak-anak kita menerima saja ‘non scientific truths’.  Apa itu ‘non scientific truths’ ? Contoh ‘non scientific truth’ adalah perjalanan nabi menaiki al Buraq merentas angkasa. 

Sains mengajar kita bahawa mustahil bagi haiwan berkaki empat mempunyai sayap seperti burung yang bukan saja boleh terbang di langit tetapi mampu melepasi angkasa lepas sekali. Sains perlukan bukti yang nyata (yang disebut dalam ayat Quran sebagai “haatu burhanukum inkuntum sadikeen” – tunjuklah bukti-bukti kamu jika kamu orang yang benar).  

Kita tidak mempunyai bukti saintifik akan kemampuan al Buraq untuk berkaki empat, bersayap dan boleh melepasi langit dan angkasa; akan tetapi ajaran agama menghendaki kita menerima kepercayaan ini sebagai ‘non scientific truth’ atau sesuatu  yang mesti diterima sebagai benar tanpa perlu kepada akal dan bukti jelas. 

Bagi anak-anak remaja Tingkatan 4 dan 5 pula yang baru belajar Sains Fizik (Physics) yang mengajar Newton’s Laws of Motion, mereka mungkin boleh keliru akan keperluan:

  • Newton’s First Law of Motion states that in order for the motion of an object to change, a force must act upon it.

sebab mengikut matapelajaran agama pula al Buraq tadi boleh merentasi langit dan angkasa tanpa sebarang ‘sistem tujahan’ atau thrust yang lazimnya perlu untuk melancarkan penerbangan ke angkasa lepas.

Sains mengajar kita mengguna akal, lojik dan tunjuk bukti untuk mencari kebenaran. Agama pula mengajar kita tidak perlu kepada lojik atau akal tetapi sebaliknya kita mesti percaya kepada ‘non scientific truths’ sebagai benar.  

Jadi yang mana kah benar? Newton’s First Law of Motion atau Al Buraq yang terlepas daripada Newton’s First Law of Motion ?

Mengikut sains, Newton’s Laws of Motion adalah benar.
Mengikut ‘non scientific truth’ penerbangan al Buraq adalah benar.

Cuma Newton’s Law of Motion tidak boleh menerima penerbangan al Buraq. Maka pertembungan antara penggunaan akal dan tidak menggunakan akal.

Satu lagi sebab kenapa masyarakat Melayu masih tidak boleh betulkan masalah adalah kerana isu “inward looking” oleh kaum pemimpin Melayu (pimpinan politik, akademik, bisnes, ekonomi). 

Mungkin ego punya pasal, mereka tidak mahu merujuk kepada kaum lain untuk mendapat nasihat atau untuk membuat perbandingan. Contohnya Pak Ungku buat teori perkembangan minda Melayu lembap sebab orang Melayu tidak cukup makanan berkhasiat dan nutrisi  tanpa membuat perbandingan dengan diet makanan orang Cina dan India yang juga miskin dan tidak makan makanan yang nutrisi yang cukup tetapi masih boleh berjaya dalam satu atau dua generasi.  So how do you explain that?

Orang Melayu masih sedang belajar berniaga. Seringkali mereka gagal. GLC yang diurus orang Melayu sinonim dengan bankrap, rasuah, salah guna kuasa, salah strategi, salah bisnes dan bermacam masalah.  Dr Mahathir sendiri pernah berkata ‘the Malays are not good in business‘. 

Kita juga tidak boleh nafikan bahawa dalam negara kita ramai orang Cina dan India pandai berniaga dan mempunyai track record yang begitu lama dalam menceburi ekonomi dan bisnes. Dan ramai juga businessman Cina dan India telah berjaya sehingga persada international. (Tanpa bantuan kerajaan, tanpa duit sabsidi taxpayers funds, tanpa monopoli GLC, tanpa kabel politik dsbnya).

Aneh sekali, despite negara kita mempunyai kepakaran ekonomi dan bisnes yang begitu banyak sekali setiap kali saya hadiri kursus (dulu), seminar dan woksyop berkenaan ekonomi dan bisnes bumiputera saya tidak pernah melihat seorang pun businessman Cina atau India dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka.  

Soalannya kenapa pula begitu?

Yang dijemput adalah ‘consultant’ dan ‘pakar’ business Melayu yang Dr Mahathir sendiri kata ‘the Malays are not good in business‘.

Ayat Quran bermaksud :

Surah 16:43  “So ask the people of the remembrance if you do not know . . ”  (fas’alu ahlal zikri in kuntum laa ta’lamuun . . )

Jadi kalau kita tidak tahu atau kita belum faham atau kita masih sedang belajar, maka lebih elok kita tanya kepada mereka yang memang tahu atau memang pakar dalam sesuatu perkara itu.

Contohnya kenapa orang Melayu tidak mahu menceburi bisnes restoran nasi kandar 24 jam? Ada restoran nasi kandar 24 jam yang lumayan juga.  Jika orang Melayu ingin menceburi bisnes restoran nasi kandar 24 jam, lebih elok jemput geng mamak nasi kandar berkongsi pengalaman dan kepakaran bagaimana boleh jayakan restoran nasi kandar 24 jam. 

Jangan pula jemput consultant dan pakar yang mempunyai PhD tetapi langsung tiada pengalaman menjayakan perniagaan. 

Jadi kegagalan masyarakat Melayu mengambil kesempatan daripada kewujudan kepakaran dalam hampir semua bidang keusahawanan manusia dalam negara kita sendiri juga melambatkan orang Melayu daripada maju dengan segera. 

Bagi pengalaman saya sendiri saya telah mula bertugas dengan sebuah bank Singapura (UOB) di mana saya mula belajar perbankan dan juga cara orang Cina berniaga. 

Kemudian dalam perniagaan emas pula, saya bersama isteri bergantung kepada pemborong Cina dan tukang emas Cina yang menjadi supplier kami selama lebih 23 tahun. Tanpa bantuan dan sokongan mereka kami tidak boleh kekal begitu lama dalam perniagaan emas kami. 

Surah 16:43 so ask the people of the remembrance if you do not know  (fas’alu ahlal zikri inkuntum laa ta’lamuun).


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*