Home » General » Cara Mengkaji Sejarah Melaka, Sejarah Tanah Semenanjung Dan Sejarah Asia Tenggara

Cara Mengkaji Sejarah Melaka, Sejarah Tanah Semenanjung Dan Sejarah Asia Tenggara

Yang berikut adalah video YouTube (13 minit sahaja) yang kisahkan bagaimana Portugis boleh tewaskan Sultan Melaka pada 25hb bulan Ogos 1511.

Portugis telah tiba dengan 17 buah kapal layar dan 1,000 tentera sahaja dan mampu menewaskan “tentera” Sultan Mahmud seramai 4,000 orang. Tetapi ramai daripada 4,000 tentera Sultan itu sebenarnya adalah ‘tentera upahan Jawa’ yang telah membelot dan sokong Portugis pula. 

Melaka juga jatuh akibat iri hati dan permusuhan antara kaum India Tamil dan kaum India Gujarat yang masing-masing mempunyai pengaruh dan kedudukan di Melaka. 

Portugis juga telah serang Melaka pada 1511 untuk membebaskan 20 pegawai dan tentera Portugis yang telah dipenjarakan oleh Sultan  Melaka sejak 1509 apabila Panglima Diego Lopez De Sequeira mula tiba di Melaka untuk membuka ‘pangkalan’ perdagangan. Sultan Mahmud telah menyerang kapal De Sequeira yang terpaksa melarikan diri balik ke India. 20 pegawai dan tentera Portugis yang tertinggal di Melaka telah ditangkap dan di penjarakan oleh Sultan Mahmud. Maka apabila Alphonso de Albuquerqe tiba di Melaka dua tahun kemudian pada 1511 perkara yang mula sekali diminta oleh Alphonso ialah pembebasan 20 orang Portugis yang dipenjarakan itu. 

Sila lihat video ini :




Jelas sekali bahan rujukan untuk video ini telah diambil daripada sumber arkib Portugis termasuk tulisan Emanuel Godinho de Erédia, seorang ahli sejarah Portugis abad ke 16. Sebelum ini saya tidak pernah mendengar nama Rui de Roja atau peranan de Roja menjadi perisik Portugis di Melaka. 

Saya sebenarnya merujuk video ini untuk bincang sedikit berkenaan cara kita mengkaji sejarah negara kita dan sejarah tamadun Asia Tenggara.

Masa saya di sekolah dulu pelajaran sejarah agak menarik juga sebab kita belajar sejarah tanah air, sejarah Asia Tenggara dan sejarah negara lain termasuk China, India, empayar Islam dan negara Barat. 

Pada masa sekarang pula pelajaran sejarah di sekolah sangat tumpukan sejarah Islam di Timur Tengah dan kawasan sekitar dan kurang fokus kepada sejarah tamaddun lain yang sangat berpengaruh dan relevan kepada masyarakat kita.

Kita juga tidak mempunyai ramai (atau sebarang) pakar sejarah yang boleh berbahasa Portugese, Belanda, China dan Tamil yang boleh mengkaji dokumen-dokumen asal yang masih tersimpan di Portugal, Belanda, China, Tamil Nadu di India dan tempat lain yang menceritakan sejarah tanah air kita dengan amat detail. 

Arkib di Negeri China mempunyai dokumen dan catitan empayar China daripada abad ke 12, 13 dan seterusnya  yang sangat detail mengenai hubungan China dengan Asia Tenggara, India dan kawasan serantau di sini.

Begitu juga catitan sejarah dalam bahasa Portugis daripada abad ke 16 mengenai Melaka dan kehidupan di tanah Semenanjung adalah sangat detail dan masih disimpan di arkib Portugal.  Portugis telah perkenalkan hampir 1,000 perkataan baru dalam bahasa Melayu. Contohnya perkataan Melayu  kereta, kerbau dan bendera berasal dari bahasa Portugis. Dan dalam masa yang singkat saja kesultanan Johor (daripada keturunan Sultan Mahmud Melaka tadi) pernah bersekutu dengan Portugis untuk memerangi Sultan AcehBukan sahaja Portugis menjadi kuasa pemerintah di Melaka dan Tanah Semenanjung selama 130 tahun (1511 – 1641) tetapi mereka juga meninggalkan pengaruh mereka dalam bahasa Melayu dan perkembangan rantau kita. 

Untuk mengenali sejarah kita pada zaman itu dengan lebih mendalam ahli sejarah kita harus belajar bahasa Portugis dan melawat Portugal untuk membaca dan mengkaji dokumen asal dan catitan sejarah di arkib Portugal. 

Begitu juga bagi kita memahami pengaruh orang Tamil di seluruh rantau Asia Tenggara terutama sekali di Nusantara kepulauan Melayu termasuk tanah Semenanjung dan kepulauan Indonesia, Filipina hingga ke Vietnam dan Thailand.

Empayar yang telah tahan paling lama sekali dalam keseluruhan sejarah manusia adalah Empayar Tamil Chola yang telah wujud selama 1,600 tahun atau lebih (nombor 2 adalah Empayar Rom 1400 tahun??) 

Selama 1,600 tahun Empayar Tamil Chola telah menduduki / menjajah / mempengaruhi kawasan yang luas dari India Selatan, India Timur, Bangladesh, Thailand, Kemboja, Vietnam, Tanah Semenanjung, Indonesia, Filipina Selatan, Maldives dan Sri Lanka.  

Empayar Tamil Chola Telah Berpengaruh Di Asia Tenggara Selama 1,600 Tahun

Kehadiran mereka di rantau kita selama 1,600 tahun telah mempengaruhi kesemua aspek tamaddun dan kehidupan masyarakat seluruh kawasan Asia Tenggara. Maka bahasa Tamil mempunyai pengaruh terbesar atas bahasa Melayu. Sila klik di sini untuk melihat sebahagian sahaja daripada perkataan Melayu yang asalnya daripada bahasa Tamil.

Soalannya apakah kita mempunyai pakar sejarah sendiri yang fasih bahasa Tamil yang pernah ke Tamil Nadu di India untuk mengkaji sejarah kita sendiri yang tersimpan dalam catitan sejarah, dokumen asal, peninggalan arkeologi mereka dan sebagainya? 

Sejak ianya ditubuhkan Dewan Bahasa Dan Pustaka telah lama memikul tugas untuk “men-English-kan” bahasa Melayu. Mungkin juga untuk cuba padamkan warisan bahasa Tamil dalam bahasa Melayu? 

Setiap bulan dan setiap tahun Dewan Bahasa Dan Pustaka menciplakkan perkataan bahasa Inggeris menjadi perkataan Melayu. 

Sila lihat contoh berikut bagi perkataan ‘individu’ sahaja :


Bukankah menciplak perkataan Inggeris “individu, individual, individualis, individualisme, individualistik, individualiti” semuanya mengkhianati bahasa Melayu?  

Saya ada cadangan yang jauh lebih mudah. Lebih senang bagi Dewan Bahasa bercakap English sahaja. Why not just speak English? Kan lebih mudah? Tak payahlah berpura-pura mempertahankan bahasa Melayu konon. 

(Tapi nanti geng Mafia “Penerbit Buku Melayu” pula akan marah.)

Kalau Dewan Bahasa ingin “mempertahankan bahasa Melayu” (daripada apa pula agaknya?) mereka perlu juga mengkaji etymology atau asal-usul perkataan Melayu.  Etymology atau asal-usul beribu perkataan Melayu adalah dari bahasa Tamil. Bukan cakap London. 

Anyway, balik kepada sejarah negara kita – jangan kita lupa orang Belanda sekali. Belanda pula telah menjajah rantau kita bermula dari 1641 (Melaka) sehingga kemerdekaan Indonesia pada tahun 1947. Satu tempoh yang lama juga selama 306 tahun. Sebagai pemerintah di kawasan ini selama 306 tahun Belanda juga telah mempengaruhi pelbagai aspek ketamaddunan dan kemasyarakatan penduduk rantau kita. 

Jadi untuk fahami dengan lebih detail apa kah ‘background’ sejarah kita sendiri kita harus mengkaji pengaruh Belanda di rantau kita selama 306 tahun itu. Dan tempat yang menyimpan segala rekod dan catitan sejarah yang terperinci mengenai rantau Asia Tenggara pada zaman yang berkenaan itu adalah arkib dan musium Belanda. 

Soalannya berapa ramaikah pakar sejarah kita yang boleh berbahasa Belanda yang telah melawat arkib dan pusat sejarah Belanda untuk baca dan mengkaji sendiri tulisan-tulisan asal dalam bahasa Belanda berkenaan sejarah rantau kita dan negara kita sendiri?

Dan bagi pengkaji Zaman Darurat atau Malayan Emergency pula (1948 – 1960) serta pengaruh komunis di tanah air,  kita tidak boleh ignore atau tidak ambil peduli rekod sejarah, catitan dan dokumen yang disimpan bukan saja oleh British (yang kebanyakkannya dirahsiakan sehingga seratus tahun lagi) tetapi yang jauh lebih penting adalah dokumen sejarah di Rusia (dalam bahasa Rusia), di Beijing (bahasa Mandarin) dan di Perancis (bahasa Perancis). 

Pada zaman pra-Perang Dunia Kedua dan sebelum 1954 (peristiwa kekalahan Perancis di Dien Bien Phu, Vietnam) Perancis bukan saja adalah kuasa besar yang terlibat di Asia Tenggara tetapi Parti Komunis Perancis mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam menyebarkan fahaman komunis di Asia Tenggara  – bermula dari negara Indo-China.  Ho Chi Minh pemimpin komunis Vietnam telah bermastautin di Perancis selama empat tahun (1919 – 1923) di mana Ho melibatkan diri dengan pergerakan komunis di Perancis.  Ho Chi Minh menjadi ‘mentor’ kepada penubuhan Parti Komunis Malaya sejak 1930.  

Segala gerakan Ho Chi Minh dan pengaruh komunis di Malaya dipantau rapi oleh perisik Perancis (yang menjadi kuasa penjajah di Vietnam),  termasuk seorang makhluk Vietnam bernama Truong Phoc Dat atau Hoang Ah Nac atau Pham Van Dac atau Loi Teck atau Lai Tek atau Lai-te atau Mr Wright yang telah dilantik Secretary General Comunist Party of Malaya pada tahun 1938. Loi Teck sebenarnya adalah seorang agen perisik Perancis dari Vietnam yang kemudian di ‘take over’ oleh perisik British di Malaya. 

Lai Teck, Sec-Gen
Parti Komunis Malaya 1938 – 1947


Soalannya apakah pengkaji sejarah zaman Darurat (Malayan Emergency) kita yang boleh berbahasa Perancis, Rusia dan Mandarin pernah melawat arkib dan simpanan dokumen sejarah di Perancis, Moscow dan Beijing untuk lebih memahami apa yang telah berlaku dalam negara kita pada zaman itu? 

Dan yang lebih mudah sekarang ialah banyak bahan sejarah dan arkib boleh dijumpai dalam Internet. Kita tidak lagi perlu ke Portugal untuk mengkaji dokumen asal bahasa Portugis mengenai Melaka dan Tanah Semenanjung. Kita boleh mendapati dokumen itu melalui emel atau di website yang berkenaan. Kita cuma kena belajar dan faham bahasa Portugis, bahasa Belanda, bahasa Tamil, Mandarin, Perancis, Rusia dsbnya. 

Ataupun kita boleh puaskan hati dengan “sejarah” dalam koleksi Sulalatus Sulatin dan sejarah Pak Arab. Tak tahu lah yang mana dongeng dan yang mana fakta sejarah. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*