Home » General » Cadangan Cap ‘Wang Helikopter” Dan Bagi Free – Timbalan Menteri Yang Sering Buat Kenyataan Tanpa Menggunakan Akal

Cadangan Cap ‘Wang Helikopter” Dan Bagi Free – Timbalan Menteri Yang Sering Buat Kenyataan Tanpa Menggunakan Akal

Dalam setiap Kabinet dan setiap Kerajaan mesti ada Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dsbnya yang membuat kenyataan yang dunggu dan tidak masuk akal. 

Kekadang Menteri atau YB hanya tersilap cakap atau kurang faham satu atau dua perkara saja.  Menteri atau YB dalam kategori ‘dunggu setahun sekali’ ini adalah sangat rare atau jarang dijumpai. Contohnya Menteri Kereta Terbang. Sejak isu kereta terbang sudah reda,  menteri itu pun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dunggu yang baru (kuda terbang ke)?  

YB dan Menteri jenis no. 2 adalah mereka yang menjadi repeat offender atau yang membuat kenyataan dunggu berulang kali secara non stop. 

Sewaktu pemerintahan BN dulu jaguh-jaguh dunggu jenis repeat offender ini termasuk Mat Maslan IQ 3.85, YB Kebinatangan, Stupid Nazri dan adalah satu dua karakter lagi. 

Dalam Kabinet Pakatan Harapan pula Menteri Kasut Hitam telah pecah rekod Guinness Book of World Records dengan kenyataan dunggu yang tanpa putus. Akhir sekali Menteri itu terpaksa disingkirkan daripada jawatan Kabinet. Dan sampai ke hari ini dia masih menunjukkan dunggu sebab dalam episod terkini dia menjadi YB yang unggul sign SD menyokong Panglima Pintu Belakang menjadi PM!!  The only dunggu out of 222 MPs !! Dan buat kali kedua dia kena pecat – kali ini dari parti Pejuang pula.  

Dalam Kabinet PN pula terdapat juga beberapa Menteri, Timbalan dan YB yang sering membuat kenyataan atau ambil tindakan tanpa fikiran akal lojik yang akibatnya lebih memalukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara mereka ialah Menteri Kesihatan, Menteri Tik Tok, Menteri Wanita, Menteri Air dan Timbalan Menteri Sukan. 

Timbalan Menteri Sukan pula sering membuat kenyataan serong diluar bidang kuasa dan tanggungjawabnya. Yang latest ialah cadangan beliau suruh kerajaan cap duit kertas dan duit itu dibagi percuma kepada orang. 


Orang ramai mengecam Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal 

gara-gara cadangan supaya Bank Negara mencetak lebih banyak wang kertas

Ketua Armada Bersatu menjadi sasaran warganet, dianggap buta ekonomi

komentar Facebook dibanjiri kutukan sindiran 

Ramai berpendapat langkah itu mendatangkan kemudaratan lebih besar 

Kalau buat begitu, tidakkah nilai ringgit akan susut? 

Apa guna kalau ada sejuta ringgit tapi nak beli beras pun RM500,000?” 

Farid menyarankan Fayhsal membaca banyak buku ilmiah 

bukannya asyik mengeluarkan surat sokongan

  • Fayhsal sarankan BNM cetak wang kertas diagih kepada rakyat 
  • Katanya itu dasar “wang helikopter” 
  • Bank Negara secara langsung mencetak wang 
  • dan memberikannya kepada rakyat 
  • supaya mereka dapat membelanjakannya

Sebelum ini, Fayshal mengundang kegemparan awam apabila menyatakan beliau boleh membantu ahli Armada dengan memberikan surat sokongan apabila mempunyai jawatan dalam parti dan kerajaan.

Sedutan video ketika kempen pemilihan sayap Bersatu tular di media sosial.

My comments : 

Cap Duit ini pernah dibuat oleh beberapa negara lain dalam dunia ini.  Contohnya Banana Money atau Duit Pisang yang dicetak oleh Jepun sewaktu mereka menduduki Malaya sewaktu Perang Dunia Kedua.

Zimbabwe yang mencetak duit kertas yang berlebihan. 

Kerajaan Weimar di Jerman yang cetak duit kertas dengan banyak pasca Perang Dunia Pertama.

Akibatnya nilai matawang mereka semua jatuh dengan begitu teruk sehingga suri rumah terpaksa membawa satu bakul wang kertas untuk membeli sedikit garam.

Saya sendiri pernah melihat keadaan ini di Iraq (pasca Perang Teluk Pertama 1991)  apabila hanya sekeping US$50 ditukar dengan hampir enam inci duit Iraq (dengan gambar Saddam Hussein).   

Di negara Dunia Ketiga (termasuk Malaysia) mencetak duit kertas tanpa kawalan akan menyebabkan nilai matawang kita jatuh dan hyper inflation pula berlaku. Hyper inflation maksudnya kena bawa satu bakul wang kertas untuk membeli sedikit garam.

Rajah yang berikut memberi penjelasan simple kenapa ini akan berlaku :


Jadi tanpa peningkatan dalam output atau daya pengeluaran setiap rakyat dalam sesebuah ekonomi,  curahan ‘wang helikopter’ yang percuma akan menambahkan supply duit kertas dalam ekonomi tanpa peningkatan jumlah ikan kembong yang dijual di pasar. Maka harga ikan kembong akan melambung naik. 

Esok pagi apabila wang helikopter percuma sudah habis, orang akan tunggu helikopter datang sekali lagi. Kalau helikopter tidak datang kemungkinannya akan berlaku rusuhan dalam negara.  

Di negara lain seperti Amerika dan Britain mereka pernah cetak duit (quantitative easing) tetapi ekonomi mereka adalah sangat besar dan mempunyai daya pengeluaran tinggi yang terpendam.  Mereka berada dalam keadaan liquidity trap atau orang simpan duit dan tidak mahu berbelanja sebab takut masa depan yang tidak menentu. 

Maka QE atau quantitaive easing membantu mengerakkan ekonomi mereka tanpa mengakibatkan inflasi. Tetapi QE mereka sebenrnya adalah ‘high risk experiment’ yang mampu juga untuk backfire.

Tetapi quantitative easing tidak memberi ‘wang helikopter’ yang percuma dalam tangan orang yang menganggur, yang tiada kerja dsbnya. Kerajaan Amerika telah “meminjam” duit baru itu dan menggunakannya untuk membeli produk daripada syarikat-syarikat pembuatan dan syarikat pengeluaran di Amerika. Mereka telah gunakan duit baru untuk membeli senjata, peralatan jabatan kerajaan, membuat jalan, lapangan terbang baru dsbnya.

Maksudnya mereka menggunakan duit baru itu untuk stimulate productive capacity yang terpendam dalam ekonomi Amerika.   Britian dan Amerika mempunyai productive capacity yang sangat besar.  Bukan bagi duit helikopter secara percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*