Home » General » 40 Tahun Tuan-Tuan Di Sumbat Daging Kangaroo – Akibat Rasuah Campur Dasar AP, Lesen Impot Terhad

40 Tahun Tuan-Tuan Di Sumbat Daging Kangaroo – Akibat Rasuah Campur Dasar AP, Lesen Impot Terhad

  • Ada lebih kurang 30 syarikat 100% milik Bumiputra yang mendapat lesen AP mengimport daging sejuk beku di negara ini. 
  • Kartel daging haram ini dipercayai membeli bekalan daging haram ini dari Kanada, Colombia, Ukraine, Uruguay, Sepanyol, Mexico, Bolivia, Paraguay, Hong Kong, China.


Al kisah syarikat tertentu (kenapa nama syarikat itu dirahsiakan pula?) yang tipu logo Halal tanpa dikesani selama 40 tahun.  Mereka telah impot pelbagai jenis daging (kangaroo? daging kuda?) dan dijual dengan logo Halal. 

Yang berikut saya ulangi reaksi beberapa orang yang saya menerima lelaui WhatsApp :

1.  40 tahun makan daging kangaroo


2.  Diambil daripada Facebook posting di sini.

Bayangkan daging Burger yang kita makan, Sup Daging, Meatball yang popular di kalangan anak2 muda Urban sebenarnya dibuat dari daging Kanggaru dan mungkin juga daging kuda yang telah dicampurkan ke dalam daging2 halal lembu dan kerbau yang lain dan akhirnya sampai ke dalam mulut kita semua.

Tahukah anda selama lebih 40 tahun, sekiranya anda membeli daging import yg dilabelkan HALAL, sebenarnya daging itu adalah daging Kuda dan Kangaroo bukan Lembu atau Kerbau.

Inilah realiti sebenar apa yang telah berlaku di Malaysia, selama 40 tahun (1980-2020) setelah kegiatan kartel yang mendapat AP dari kerajaan Malaysia bagi mengimport daging telah memberi rasuah pada pegawai kerajaan dalam bentuk wang dan seks agar daging tidak berkualiti, berpenyakit dan TIDAK HALAL dilabelkan sebagai HALAL untuk dijual di Malaysia terbongkar baru-baru ini.

(OSTB : Di rasuah dengan seks ?? Selama 40 tahun?)

Realiti yang lebih mengerikan dan sangat meloyakan adalah daging haiwan (kuda dan kangaroo) yg dilabelkan sebagai halal itu, adalah sebenarnya dari daging yang berkualiti rendah dan haiwan yang berpenyakit. Ada juga Kanggaroo ini merupakan Kanggaroo liar yang ditembak di seluruh Australia dan kemudiannya dihantar dan dilabel sebagai daging lembu halal oleh pihak Kartel. Daging ini dipercayai dimport dari Hong Kong.


  • Ada lebih kurang 30 syarikat 100% milik Bumiputra yang mendapat lesen AP mengimport daging sejuk beku di negara ini. 
  • Kartel daging haram ini dipercayai membeli bekalan daging haram ini dari Kanada, Colombia, Ukraine, Uruguay, Sepanyol, Mexico, Bolivia, Paraguay, Hong Kong, China.

Malaysia pula hanya meluluskan 28 pusat sembelihan lembu dari Australia, New Zealand, Argentina, Brazil, Pakistan, Afrika Selatan dan 11 rumah sembelih kerbau dari India.

Ternyata bekalan kartel daging ini datang dari rumah sembelihan yang tidak diaudit dan telah menjalani pemeriksaan oleh Jabatan Veterinar, JAKIM dan KKM.

Ada beberapa agensi mengawal urusan masuk bekalan daging import ke Malaysia, iaitu pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Kastam, Polis pelabuhan.

Perkara yang menarik dalam isu kartel daging, rampasan sebanyak 30 tan daging dibuat pada awal bulan, kini beberapa hari lagi masuk tahun 2021. Nama kilang yang diserbu dan syarikat Kartel masih tidak diketahui masyarakat.

Menteri KPDNHEP dan Timbalan Ketua Pengarah JAKIM dalam kenyataan akhbar mereka menggesa orang ramai supaya tidak mengulas isu kartel daging kerana kononnya boleh menjejaskan siasatan mereka.

Sedangkan rakyat mendesak supaya perkara ini disiasat sehingga ke akar umbinya. Sekiranya daging yang dibawa masuk itu tidak halal maka secara tidak langsung mereka telah menzalimi dan mengkhianati serta memperdayakan umat Islam dalam negara kita ini.

Mereka wajar dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Mencari dan memilih produk makanan yang HALAL itu adalah kewajipan bagi setiap orang Islam. Jika dihidangkan sesuatu perkara yang MERAGUKAN maka solusinya adalah WAJIB ditinggalkan tanpa banyak soal.

Menjadi tanggungjawab kepada para peniaga untuk membekalkan produk yang telah disahkan HALAL dari segala aspek pengeluaran sesuatu produk itu.

Bayangkan Malaysia yang selama ini berbangga menjadi Hub Halal di rantau Asia Pasifik sebenarnya dikhianati oleh Pegawai2 Kerajaan yang di rasuah dengan Wang dan Seks oleh Kartel2 daging ini!

Saya mohon hukuman berat keatas mereka yang terlibat dalam perkara ini dengan hukuman yang seberat2nya.

Ada yang ketawa sinis sambil melawak bekata sebab itulah politik Malaysia semakin lama semakin kalut. Ahli2 politik bukan melompat ala katak tapi ala Kanggaroo dan ala Kuda Lumba. Saya tersenyum tanpa berkata apa2.

SPRM pun sudah mulakan kertas siasatan ini untuk menyiasat penipuan paling lama dan mungkin paling besar dan paling bahaya dan melibatkan berbillion mungkin trillion ringgit yang dibuat oleh Pegawai2 Kerajaan dan Kartel ini. 

Kekayaan yang mereka perolehi? Cukup untuk bertahan selama beberapa generasi. Bila agaknya nak umumkan syarikat Kartel dan brand daging haram ini?

Wallahua’lam.

Kredit : Abdul . . . MY


My comments :

Tuan-tuan, biar saya jamin 100% mesti ada orang politik terlibat dalam penipuan kartel daging ini.  Amat mustahil  kartel daging yang bukan disahkan halal ini boleh berterusan selama 40 tahun tanpa penglibatan orang politik. Penjawat Awam pun mesti ada terlibat.

Tuan-tuan semalam saya telah dengar ‘bisikan’ mengenai impot barang jenis lain pula. 

Pendek kata macam ini sajalah – you are being cheated. 

Dalam negara ini ada orang kaya, orang berkuasa, orang yang berpengaruh yang sudah faham bagaimana mudahnya menipu Tuan-Tuan. Mereka mainkan sentimen perkauman dan agama untuk menipu Tuan-Tuan sokong mereka tanpa henti dan tanpa menyoal kekayaan mereka. 

Mereka perlukan Tuan-Tuan kekal bodoh dan bisu untuk membolehkan mereka terus kaya dengan mencuri duit Tuan-Tuan (terutama sekali hasil cukai kerajaan yang diambil dari kocek Tuan-Tuan).

Mereka kipaskan sentimen ‘kedudukan bangsa kita terancam‘, ‘agama kita terhina‘ dan begitu untuk menakutkan dan memperbodohkan Tuan-Tuan. 

Yang berlaku sebenarnya mereka melakukan pelbagai onar dan angkara yang memperkayakan mereka dan miskinkan tuan-tuan pula.

Contohnya Kartel daging ini. Tipu halal tak halal is one part of the story. Tapi mereka tipu duit tuan-tuan dengan menjual daging kualiti entah apa dengan harga mahal. Hari ini satu kilo daging kambing impot (lamb) sudah lebih RM30++ se kilo. Tetapi kalau daging itu sebenarnya adalah daging kuda atau kangaroo yang dijual sebagai daging kambing (lamb) maksudnya duit tuan-tuan yang telah ditipu.  Tuan-tuan bayar harga cekik darah tetapi tuan-tuan dapat produk sampah.



Ini hanya satu contoh sahaja.  Serupa rasuah Bazaar Ramadan yang telah berlangsung lebih 20 tahun. Pihak berkuasa tempatan bersubahat dengan “kartel”. Lesen niaga Bazar Ramadan di ‘kemut’ oleh “kartel” dengan bayaran sedikit. Lesen niaga itu kemudian di “jual” kepada peniaga yang sahih (genuine trader) dengan harga beribu Ringgit.  

Peniaga Bazar Ramadan bukan orang kaya pun. Biasanya mereka adalah golongan B40 juga. Jadi orang yang pegang kuasa di pihak berkuasa tempatan, di dewan bandaraya dsbnya sanggup cekik darah orang miskin. They dont care. Asalkan mereka orang kaya terus kekal kaya. 

Tuan-tuan rakyat marhaen pula boleh pi mampus. Esok bila datang pilihanraya Tuan-Tuan boleh main watak ‘kerbau dicucuk hidung‘ sekali lagi. Go and vote for them again.

Ada sikit lagi kisah Bazar Ramadan. Oleh kerana peniaga Bazar Ramadan terpaksa bayar rasuah beribu Ringgit untuk dapatkan lesen atau petak niaga, maka mereka terpaksa naikkan harga barang jualan untuk cover balik modal bayar rasuah beribu Ringgit tadi.

So akhir sekali Tuan-Tuan yang kena bayar harga barang yang lebih untuk bantu peniaga Bazar Ramadan cover balik duit rasuah beribu Ringgit yang telah disapu oleh orang yang pegang kuasa.  Tuan-tuan pula dijadikan ‘kaldai bodoh yang dicucuk hidung‘.

Bila datang pilihanraya pergilah undi mereka lagi. Wish you all the best. Happy New Year lah ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*